‘Neraka dah kosong, semua syaitan ada di sini’

6 days ago 10
PUTERI Balqis antara selebriti yang kelihatan selalu terkesan dengan komen-komen jahat netizen.
  • Oleh TENGKU SUZANA RAJA MAMAT
  • 10 Ogos 2025, 9:00 am

MACAM hujan ribut pula kecaman dilemparkan terhadap pelakon berbakat besar, Puteri Balqis gara-gara berkongsi produk penjagaan kulit yang mahal.

Tidak cukup dengan menghina fizikal gadis berusia 18 tahun itu, ahli keluarganya turut terkena tempias.

Kita yang baca pun ‘menyirap’ apatah lagi ibunya, Norashikin Mohd Aziz yang menempelak komen jelik mempersenda kemiskinan, trauma dan gaya hidup keluarganya terutama golongan yang menggunakan imej keagamaan untuk menghakimi orang lain.

Wanita tabah itu turut mengingatkan kematian adalah ‘plot twist’ yang mungkin mengangkat martabat insan yang dihina.

“Neraka dah kosong. Semua syaitan ada di sini. Semua syaitan macam kamu, ada di ruangan komen,” itu antara kata-kata diluahkan Norashikin yang dikongsi Puteri Balqis atau Aqish dalam Instagramnya.

Jangan marah ye kaki-kaki pengutuk kalau dicop syaitan. Itu dah tahap tahan sabar sungguh ibu dia. Siapa tak berang kalau darah daging jadi mangsa serangan.

DIVA: Gara-gara ‘feeling’ paling tersakiti, dengarnya ada seorang selebriti wanita sudah disenaraihitam. Nak tahu nak respons macam-mana, tetapi dia ibaratnya, tepuk air ke dulang terpercik ke muka sendiri. Janganlah terlalu nak drama dik, konten-konten ‘meminta’ itu sudah cukup mempopularkan kamu.

Read Entire Article
Pertanian | | | |