Liga M kembali gamit peminat

2 days ago 9

JURANG kualiti antara pasukan dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini yang semakin mengecil menyaksikan saingan bola sepak domestik negara kembali meriah dengan kehadiran penyokong yang kembali bersemangat.

Pemerhati bola sepak tempatan, Prof. Madya Dr. Zulakbal Abd Karim memuji usaha keras semua kelab yang bertungkus lumus mengejar prestasi terbaik sehingga berjaya menarik kehadiran penyokong yang tinggi ke stadium.

Menurut Zulakbal, prestasi pasukan-pasukan pada awal musim ini yang berjaya mencipta kejutan seperti Negeri Sembilan FC (NSFC), Kuching City dan Kelantan The Real Warriors wajar diberikan perhatian.

Zulakbal berkata, situasi ini menunjukkan satu petanda positif untuk Liga M kerana stadium mula dibanjiri dengan kehadiran penyokong yang lebih ramai berbanding musim lepas.

“Kita dapat lihat sejauh mana impak positif kepada pasukan apabila liga bertambah menarik dan dapat disaksikan sendiri rata-rata peminat yang akan setia turun ke stadium untuk berikan kemeriahan berganda berbanding musim lepas.

“Ini termasuklah perkembangan Kuching City dan NSFC yang berjaya memainkan peranan terutamanya daripada pihak pengurusan mereka yang bijak menggunakan media sosial untuk lebih dekat dengan penyokong sekali gus menarik mereka untuk datang sokong di stadium

“Kalau sebelum ini biasa kita nampak Selangor sahaja yang boleh cabar JDT, tapi sekarang kelab lain dah mula menunjukkan keinginan dan ini adalah satu kemajuan yang bagus kita dapat tengok untuk Liga M.

“Dengan jurang yang semakin mengecil juga sudah tentu akan terus dapat bagi debaran kepada peminat-peminat dan saya harap sokongan seperti ini akan berterusan untuk mereka konsisten hadir ke stadium” katanya.

Aksi Liga Super akan kembali bersambung pada 19 September dengan 8 aksi timbal balik pusingan 16 Piala FA berakhir pada hari ini.

Read Entire Article
Pertanian | | | |