Kes Zara Qairina: Identiti 5 individu bakal dituduh belum diketahui

5 hours ago 2

PETALING HAHA – Barisan peguam mendedahkan bahawa identiti lima remaja yang bakal didakwa di mahkamah berkaitan kes Allahyarham Zara Qairina Mahathir masih belum diketahui.

Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan hari ini, barisan peguam tersebut menyambut baik keputusan Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk menuduh lima individu yang disyaki terlibat dalam kes buli Zara Qairina.

Menurutnya, keputusan tersebut adalah selaras dengan cadangan mereka kepada AGC melalui kenyataan media pada 14 Ogos lalu.

“Cadangan kami ketika itu ialah memandangkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman telah mendedahkan bahawa wujud keterangan yang menjurus ke arah buli sebelum kejadian menimpa Zara Qairina.

“Pendakwaan mesti dilakukan terhadap individu-individu di dalam keterangan tersebut di bawah seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan,” katanya.

Bagaimanapun katanya, setakat ini, pihaknya tidak mengetahui tentang identiti yang akan didakwa di mahkamah dan peruntukan undang-undang yang digunakan dalam pertuduhan itu.

“Kami berharap pendakwaan terhadap individu-individu terbabit dikaitkan dengan kematian Zara dengan menggunakan seksyen di atas agar hukuman tinggi dikenakan terhadap mereka jika berlaku sabitan,” jelasnya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan lima remaja perempuan yang disyaki terlibat dalam kes buli Zara Qairina akan didakwa di atas pertuduhan mengugut dengan mengeluarkan perkataan mengancam di Mahkamah Kanak-kanak Kota Kinabalu, Sabah Rabu ini.

Perkara itu disahkan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar ketika dihubungi hari ini.

Beliau dilaporkan berkata, pertuduhan terhadap remaja bawah umur itu akan dibuat mengikut Seksyen 507C (1) Kanun Keseksaan (pindaan 2025) yang mana seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara setahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pertuduhan terbabit adalah berhubung menyebabkan gangguan, tekanan, ketakutan atau kebimbangan kepada seseorang yang berkemungkinan berasa terganggu, tertekan, takut atau cemas. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |