Kahwin 10 kali pun sama kalau tak buang ego

13 hours ago 6

PETALING JAYA – Seorang wanita berkongsi pengalaman hampir sedekad melayari alam rumah tangga yang penuh suka duka, namun tetap bertahan demi janji Allah bahawa selepas hujan pasti ada pelangi.

Pengguna TikTok, Lieya berkata, sepanjang hampir 10 tahun berkahwin, dia sudah melalui pelbagai dugaan termasuk pergaduhan, perasaan kecewa dan makan hati.

Katanya, perkahwinan bukan sekadar soal cinta, tetapi juga kesediaan pasangan untuk mengorbankan ego dan berubah demi kebahagiaan rumah tangga.

“Jangan cakap gaduh, lari pun sudah. Tapi kakak gagah, bertahan lagi sebab Allah suruh kita sabar,” kataya.

Menurut wanita itu, satu hingga lima tahun pertama perkahwinan lazimnya akan menguji kesabaran, manakala lima hingga 10 tahun pula lebih kepada ujian kestabilan hidup.

“Naik sahaja kapal yang kita dah pilih. Memang penuh dengan bermacam-macam dugaan, tapi janji Allah itu pasti, selepas hujan pasti ada pelangi.

“Kahwin la 10 kali pun, kalau tak buang ego tak nak berubah benda sama akan jadi balik. sme akn jd balik. Sebab hidup di dunia ini memang tempat ujian,” pesannya.

Bagi kisah keluarga Kin pula, wanita itu berkongsi pengalaman dilalui ibu bapanya yang telah berkahwin lebih 40 tahun, namun tetap diuji termasuklah kehadiran orang ketiga dalam rumah tangga mereka.

Kata Kin, ibunya tidak bekerja kerana menjaga anak yang masih kecil termasuklah ada berstatus orang kurang upaya (OKU).

“Dugaan macam-macam dari segi kewangan, mak mentua tak suka, lahir anak OKU, nak kerja takleh . Lepas tu ayah aku kawen lainn bilaa tak boleh. Tiba-tiba ayah jumpa janda anak dua dekat tempat kerja dan minta izin nak kahwin lain, mak aku sendiri pergi meminang.

“Mak aku cerita balik dekat aku menangis… dia beritahu tak ada pilihan sebab tak kerja dan anak masih kecil. Selepas itu dua orang anak dia meninggal kemalangan . Dugaan ni tak pernah berhenti. Pada akhirnya ayah aku kembali pada mak aku juga dan bahagia sampai sekarang,” katanya. – KOSMO ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |