JURUTERBANG dan pembantu juruterbang TUDM yang cedera dibawa mendapatkan rawatan di HTAA Kuantan selepas terlibat kemalangan, malam tadi.
- Oleh ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN
- 22 Ogos 2025, 12:40 am
KUANTAN – Juruterbang dan pembantu juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terbabit kemalangan di Pangkalan Udara Kuantan, di sini malam tadi dilaporkan selamat.
Kedua-dua mangsa yang belum didedahkan identiti kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan.
Sementara itu Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman mengesahkan kedua-dua mangsa selamat.
Beliau berkata, pihak polis akan mengeluarkan kenyataan mengenai insiden itu selepas siasatan dilakukan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia. – KOSMO! ONLINE

2 months ago
30





![[VIDEO] ‘Tuala wanita punya pasal..tahi di sana, tahi di sini’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-07-at-5.19.13-PM.jpeg)
![[VIDEO] ‘Dengan kami pun terikut baca doa’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-07-at-5.00.29-PM.jpeg)










































