Jika Izzah menang, saya tulis warkah kepada dinda – Sanusi

6 hours ago 3

ALOR SETAR – “Saya harap Izzah (Nurul Izzah Anwar) menang, dia tidak kutuk saya. Kalau dia menang saya akan tulis warkah kepada dinda.”

Demikian seloroh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor ketika ditanya tentang pertandingan bagi jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pemilihan parti itu, kali ini.

Katanya, beliau bagaimanapun berpegang kepada pandangan Timbalan Presiden Pas yang tidak mencampuri pemilihan parti lain.

“Tetapi oleh kerana mereka itu jadi parti kerajaan, setidak-tidaknya siapa yang menang akan beri kesan pada kerajaan selepas ini.

“Saya harap pemilihan itu berlaku dengan lancarlah, orang yang menang itu orang yang lebih baik untuk negara. Kalau Izzah lebih baik, Izzahlah, kalau Rafizi (Datuk Seri Rafizi Ramli), Rafizilah.

“Saya tak boleh beri komen tentang hal itu, hal rumah tangga orang, mereka ketuk belanga, pinggan pecah, belanga terpelanting kita dengar sahaja. Kalau siapa minta tolong kita pergi tolong,” katanya pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Darul Aman, di sini hari ini.

Ketika ditanya tentang tindakan penyandang jawatan Timbalan Presiden PKR, Rafizi yang menyebut namanya dalam ceramah di Kulim pada kelmarin, beliau yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) menyatakan tidak boleh berbuat apa berhubung perkara tersebut.

“Saya nak buat macam mana saya popular, saya tak boleh nak elak benda itu. Siapa nak popular hentam Sanusi. Di Malaysia sekarang netizen, ‘fake account’ atau orang yang sebenar, siapa nak popular hentam Sanusi.

“Saya jadi ‘punching bag’ depa cepat popular, siapa boleh hentam Sanusi dia ‘terer’ tetapi mereka mesti bersedia dengan jawapan balas kalau sanggup tahan telinga, silakan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |