Jentera bomba jatuh gaung, 2 anggota maut

8 hours ago 5
Keadaan jentera bomba selepas terjunam ke dalam gaung di perkampungan Sao Francisco de Assis kelmarin. - SIC
  • Oleh KOSMO
  • 18 Ogos 2025, 11:17 am

LISBON – Sekurang-kurangnya dua anggota bomba terbunuh, manakala tiga lagi cedera selepas jentera yang dinaiki mereka terbabas lalu terjunam ke dalam gaung di Portugal, lapor akhbar The Sun UK. 

Kemalangan berlaku sekitar pukul 7 malam (waktu tempatan) di perkampungan Sao Francisco de Assis semalam. 

Jentera bomba itu terbabas dari jalan raya semasa dalam perjalanan ke Quinta do Campo, Fundao untuk menangani kebakaran. 

Seorang mangsa yang cedera terpaksa diangkut menggunakan helikopter ke sebuah hospital di bandar Coimbra. 

Portugal bergelut untuk memerangi beratus-ratus kebakaran hutan yang melanda seluruh negara sejak beberapa minggu kebelakangan ini. – AGENSI

Read Entire Article
Pertanian | | | |