KUALA LUMPUR – Jemaah haji yang menunaikan ibadah rukun Islam kelima musim ini menzahirkan rasa syukur serta berpuas hati dengan pengurusan yang dikendalikan Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd.
Ketua sukarelawan, Hazizi Hashim, 45, dari Melaka berkata, meskipun cuaca di Tanah Suci panas terik, perjalanan ibadah berjalan lancar hasil komitmen petugas serta 30 sukarelawan yang turut sama membantu kelancaran operasi.
“Dari segi pengurusan memang terbaik, cuma saya cadangkan jumlah sukarelawan ditambah pada musim akan datang supaya tugasan dapat dibahagi dengan lebih teratur,” katanya ditemui Kosmo disini hari ini.

Seorang lagi jemaah, Mohamad Salim, 66, dari Marang turut mengakui kepuasan hati dengan layanan Andalusia sepanjang berada di Makkah dan Madinah.
“Alhamdulillah, hotel, pengangkutan, jadual makan dan pengurusan di Mina semuanya teratur. Petugas Andalusia juga sangat komited serta sentiasa tepat pada masa,” ujarnya.

Katanya, pemilihan Andalusia dibuat selepas meneliti pakej yang ditawarkan selain mendapat maklum balas positif daripada jemaah terdahulu.
“Bila dibandingkan dengan agensi lain, Andalusia lebih tersusun dan menawarkan harga berpatutan,” katanya.
Musim ini, seramai 555 jemaah haji selamat menunaikan ibadah dengan bimbingan Andalusia dibantu 20 petugas rasmi dan sukarelawan terpilih.– KOSMO! ONLINE