Hujan lebat di Pontian, Kulai dan Johor Bahru hingga 2 petang

7 hours ago 5
Gambar hiasan
  • Oleh KOSMO!
  • 18 Ogos 2025, 12:11 pm

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir susulan jangkaan hujan lebat dan angin kencang bakal melanda tiga daerah di Johor.

MetMalaysia dalam kenyataan berkata, cuaca buruk itu dijangka berterusan sehingga pukul 2 petang ini.

Antara daerah terlibat ialah Pontian, Kulai dan Johor Bahru.

Kata MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” jelas MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |