Genius Aulad mahu miliki 100 cawangan akhir tahun ini

1 day ago 8

CYBERJAYA – Genius Aulad, jenama perintis dalam pendidikan awal kanak-kanak berteraskan nilai Islam dan bahasa Inggeris di Malaysia, telah melabur sehingga RM1 juta untuk membangunkan Genius Aulad Backpack yang digunakan di semua cawangannya untuk meningkatkan kecekapan operasi dan memudahkan lagi proses pem­belajaran oleh para gurunya di seluruh negara.

Genius Aulad Backpack adalah sebuah penyelesaian digital komprehensif yang merangkumi Sistem Pengurusan Pembelajaran (LMS) dan kandungan pendidikan digital yang memberi manfaat kepada pelajar, guru, dan ibu bapa.

Menurut Pengasas Genius International Group, Zaliza Alias, pihaknya mengambil masa kira-kira dua tahun untuk memba­ngunkan penyelesaian berkenaan sebagai satu usaha syarikat untuk menggalakkan penggunaan teknologi digital dalam pembelajaran harian di semua cawangannya.

Ia juga merupakan salah satu daripada pelan inisiatif syarikat untuk memenuhi ke­perluan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang dapat mengurangkan pemakaian kertas dalam pengoperasian pem­belajaran.

Genius Aulad Backpack akan mengurangkan pelan peranca­ngan pengajar dan akan memberi kebebasan serta meningkatkan kreativiti guru-guru untuk me­nyampaikan ilmu berguna kepada para pelajar,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyampaian Anugerah Francais Genius Aulad 2025 bersempena sambutan ­ulang tahun ke-25 institusi tersebut yang diraikan di sini baru-baru ini.

Sepanjang tempoh 25 tahun itu, Genius Aulad yang kini ter­kenal sebagai peneraju dalam industri telah berjaya mendidik lebih daripada 80,000 minda generasi muda dan melebarkan sayapnya di Malaysia dan Indonesia.

Lebih membanggakan, ia turut meraih pelbagai pengiktirafan di peringkat kebangsaan termasuklah memenangi Anugerah Inovasi Francais Terbaik di Anugerah Francais Malaysia 2024, anjuran Persatuan Francais Malaysia (MFA).

Selain itu, Zaliza berkata, syarikat mengunjurkan untuk menambah sehingga 100 cawa­ngan menjelang akhir tahun ini.

Buat masa sekarang, Genius Aulad memiliki sebanyak 87 rangkaian di seluruh negara yang dikembangkan melalui konsep francais.

Menurutnya, cawangan terbanyak terdapat di Lembah Klang, manakala syarikat belum lagi memiliki cawangan di Sabah. -KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |