
- Oleh NUR EMIRA SAIZALI
- 16 Ogos 2025, 10:10 am
BERJAYA menjiwai dengan baik, Fikry Ibrahim membuatkan ramai tidak kering gusi apabila tular video memaparkan dia melakonkan watak sebagai lelaki asal Bangladesh.
Video yang merupakan salah satu babak dalam filem Libang Libu itu mengundang pelbagai respons termasuk ramai memujinya kerana berjaya menghidupkan karakter tersebut dengan baik.
“Kita suruh berlakon, bukannya jadi lelaki Bangladesh betul-betul.
“Akhirnya dia dapat watak yang memang sesuai dengan jiwa, sakit perut gelak,” puji netizen.
Paling menghiburkan dalam video yang sudah meraih lima juta tontonan itu ialah apabila Fikry turut menyanyikan lagu Cinta Satu Malam dalam adegan tersebut.
Filem yang kini sedang menjalani penggambaran itu turut dibintangi nama-nama besar lain seperti Nabila Huda, Zahiril Adzim, Azhan Rani dan Sabri Yunus.