
- Oleh KOSMO!
- 12 Ogos 2025, 8:10 pm
PETALING JAYA – Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil mengucapkan takziah kepada keluarga bekas editor hiburan, Mohd Rosli Manah yang meninggal dunia tengah hari tadi.
Beliau dalam satu hantaran di laman X berkata, Allahyarham banyak berjasa dalam usaha memartabatkan industri hiburan tanah air selama hampir 30 tahun.
“Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Al-Fatihah,” katanya di sini hari ini.
Terdahulu, Mohd Rosli atau lebih mesra dipanggil Che Li meninggal dunia pada pukul 12.59 tengah hari tadi.
Allahyarham yang berusia 57 tahun menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kajang selepas berjuang melawan jangkitan kuman pada otak sejak beberapa minggu lalu.- KOSMO! ONLINE