Fahmi Fadzil bertemu pelakon, pengarah tersohor India di Parlimen

14 hours ago 5
Fahmi berkesempatan bertemu pelakon dan pengarah tersohor India, Akbar Khan, di Parlimen hari ini.
  • Oleh KOSMO!
  • 13 Ogos 2025, 3:47 pm

PETALING JAYA – Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkesempatan bertemu pelakon dan pengarah tersohor India, Akbar Khan, hari ini.

Menerusi perkongsian di media sosial Finas Malaysia, pertemuan itu diadakan di Parlimen.

“Pertemuan ini turut disertai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib.

“Ia sebagai tanda sokongan terhadap jalinan hubungan seni dan budaya antara Malaysia dan India,” kata kenyataan itu. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |