Empat aplikasi baharu bantu operasi haji Andalusia

18 hours ago 5

KUALA LUMPUR – Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. bakal memperkukuh pengurusan ibadah haji dengan pendekatan lebih telus dan berasaskan teknologi digital termasuk pembangunan empat aplikasi baharu menjelang musim akan datang.

Pengarah dan Penasihat Undang-undang Andalusia, Ida Riswana Idris berkata, antara inovasi yang bakal diperkenalkan ialah Super Apps Komuniti Jemaah bagi memudahkan komunikasi, pemantauan serta penyelarasan operasi di Tanah Suci.

Selain itu, Andalusia turut melancarkan buku rekod kesihatan jemaah untuk memastikan tahap kesihatan bakal haji dapat dipantau lebih awal sebelum berangkat ke Mekah dan Madinah.

“Alhamdulillah, maklum balas daripada Tabung Haji mendapati jemaah sangat berpuas hati dengan pengelolaan kami di Tanah Suci meskipun peraturan baharu agak ketat,” katanya pada sidang akhbar sempena Majlis Perjumpaan Ukhwah Jemaah Haji Andalusia di Hotel Grand Hyatt, disini hari ini.

Ida Riswana ditemui pada Majlis Perjumpaan Ukhwah Jemaah Haji Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd di Kuala Lumpur, hari ini. – Foto oleh ISKANDAR ISHAK / KOSMO!

Beliau berkata, orang ramai turut diingatkan supaya berhati-hati dengan sindiket penipuan yang menggunakan nama Andalusia secara tidak sah.

“Andalusia mempunyai 64 cawangan dan 1,700 ejen sah. Semua transaksi perlu dibuat melalui sistem rasmi kami bagi mengelakkan mangsa scammer.

“Keberkesanan kami terletak pada kekuatan pasukan dalaman, prosedur pengurusan yang tersusun serta komitmen untuk menepati janji kepada jemaah,” katanya.

Untuk musim haji 1446H/2025M yang lalu seramai 555 jemaah selamat menunaikan ibadah di bawah kendalian Andalusia dengan bantuan 20 petugas rasmi, meskipun jumlah pasukan agak terhad. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |