Dewan Rakyat: Tiada aktiviti melombong REE di hutan simpan kekal

5 hours ago 4
GAMBAR HIASAN
  • Oleh SITI A'ISYAH SUKAIMI
  • 18 Ogos 2025, 1:56 pm

KUALA LUMPUR – Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam,Datuk Seri Johari Abdul Ghani menegaskan, setakat ini belum ada sebarang aktiviti perlombongan unsur nadi bumi (REE) di kawasan hutan simpan kekal.

Beliau berkata, pihak kementerian melalui Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) pada masa ini sedang melaksanakan kajian melibatkan Hutan Simpan Kekal Labis berhubung perkara tersebut.

“Kita belum ada mana-mana perlombongan berlaku di hutan simpan kekal. Pasukan saintis dan penyelidik diketuai FRIM sedang pergi ke Labis nak tengok kawasan hutan simpan kekal.

“Apakah perkara perlu dibuat sebelum, semasa dan selepas perlombongan. Ini akan beri pengetahuan kepada kita semua apa prosedur operasi standard (SOP) per;u dijaga supaya tak berlaku lagi isu-isu di Ranau (tahun 1975-1999) dan Perak (1982-1984),” katanya.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Datuk Dr. Alias Razak (PN-Kuala Nerus) berhubung status kajian untuk membenarkan aktiviti perlombongan unsur nadir bumi (REE) di kawasan hutan simpan kekal serta garis masa untuk kajian dimuktamadkan. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |