Dewan Rakyat: Rasionalisasi aset Petronas dibuat tanpa campur tangan politik

6 hours ago 7

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan rasionalisasi portfolio aset Petronas dibuat tanpa campur tangan politik, sebaliknya berdasarkan perspektif jangka panjang dengan melihat kepada ketidaktentuan dalam pasaran minyak dan gas global.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, rasionalisasi portfolio aset tersebut diserahkan kepada kebijaksanaan dan pertimbangan komersial dan pelaburan Petronas.

“Petronas harus mengambil kira portfolio asetnya. Sebab itu kita lihat ada beberapa negara seperti di Brazil, dia ada tujuh blok sektor huluan, tig blok pembangunan dan empat blok penerokaan.

“Jadi ada keperluan bila diperolehi kawasan minyak yang agak sampai tahap maksima, dijual untuk ditambah pelaburan di aset baharu. Sebab itu penilaian semula aset huluan seperti di Brazil itu penting dilakukan terus-menerus,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik (PH-Balik Pulau) mengenai rasional pelaksanaan rasionalisasi portfolio aset Petronas dan strategi syarikat berkenaan dalam menghadapi ketidaktentuan pasaran global melibatkan penjualan aset seperti di Kanada dan Brazil.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, antara beberapa aset lama dilepaskan untuk menambah aset baharu seperti di kawasan serantau yang menyaksikan kemasukan TotalEnergies Perancis dan ENI yang menyebabkan Petronas bergerak bersama dengan syarikat itu di rantau ini.

“Portfolio ‘deepwater’ di Suriname dalam konteks PSC, di Indonesia bersama Pertamina melalui PSC Serpang dan Binaiya. Di Turkmenistan, kerjasama dengan XRG dan beberapa syarikat lain untuk blok 1 PSC.

“Di Vietnam, Abu Dhabi, Abu Dhabi ini satu yang bagi saya sangat membanggakan kerana jarang berlaku di dunia Arab, negara Teluk menyerahkan kepada syarikat bukan dari Barat. Petronas telah diberikan onshore Block 2 (ON2),” katanya.

Tambah beliau, penjualan oleh Petronas di Sudan Selatan pula adalah kerana peperangan di antara Sudan dan Sudan Selatan dan tahap
keselamatannya membimbangkan.

Bagaimanapun, kata beliau, Petronas telah beroperasi di negara tersebut sejak 1993 dan telah mencatat keuntungan yang cukup.

“Beberapa langkah lain diambil termasuk CCUS dan sesuai dengan hala tuju peralihan tenaga, seperti mana ASEAN Power Grid dari Vietnam ke Kelantan dan turun ke Singapura, itu akan diteruskan.

“Begitu juga perbincangan awal dengan kerajaan Sarawak, Petronas dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) bersama kerajaan Sarawak untuk ‘undersea cable’ dari Sarawak ke Johor.

Terdahulu, Anwar berkata, operasi Petronas di Kanada merupakan pasaran yang strategik kerana kekuatan rizab gas aslinya yang besar sekitar 50 trilion kaki padu (TCF) – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |