Dewan Rakyat: ‘Pasir Mas saya tak akan lantik, dia kurang sikit’ – Anthony

14 hours ago 3

KUALA LUMPUR – Suasana di Dewan Rakyat hari ini gamat seketika apabila Menteri Pengangkutan, Anthony Loke seolah-olah menyindir Ahli Parlimen yang didakwa sering berhujah tanpa fakta.

Sindiran itu tercetus ketika Loke menjelaskan pelantikan Ahli Parlimen Jerantut, Khairil Nizam Khirudin ke dalam pasukan petugas khas Kementerian Pengangkutan (MoT) bagi menyiasat dua tragedi kemalangan di Teluk Intan dan Gerik, Perak, yang mengorbankan sembilan anggota FRU dan 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

“Ini yang kita harap dan ini yang akan kita hormati. Ini akan jadi contoh kepada yang lain-lain. Jadi yang lain-lain tu, ikutlah Jerantut.

“Macam Pasir Mas tu, kena belajar sedikitlah. Pasir Mas itu saya tidak akan lantik sebab Pasir Mas itu kurang sikit,” katanya.

Kenyataan Loke itu menyebabkan Ahmad Fadhli (PN-Pasir Mas) bangun mempertikaikan namanya dipetik secara tiba-tiba ketika Loke menjawab persoalan lantikan pembangkang dalam pasukan petugas khas itu.

Terdahulu, dalam sesi soal jawab lisan, Khairil Nizam menzahirkan penghargaan kepada MoT atas peluang yang diberikan kepada wakil pembangkang untuk menyertai pasukan petugas khas berkenaan.

Dalam pada itu, Loke turut menjawab soalan RSN Rayer (PH-Jelutong) mengenai langkah yang diambil oleh Kementerian untuk memastikan kemalangan ngeri seperti di Teluk Intan dan Gerik, Perak yang meragut nyawa anggota-anggota FRU dan penuntut UPSI tidak lagi berlaku.

Loke berkata, satu Pasukan Petugas Khas dibuat bagi melaksanakan siasatan menyeluruh terhadap insiden kemalangan di Teluk Intan dan Gerik dengan objektif utama untuk mengenal pasti punca kejadian, kelemahan sistemik dan mencadangkan langkah-langkah penambahbaikan bagi meningkatkan
keselamatan jalan raya.

“MoT mengambil serius semua cadangan-cadangan yang akan dikemukakan apabila laporan akhir disiapkan.

“Pada masa yang sama, MOT telah mengambil langkah-langkah awal termasuk pelaksanaan audit keselamatan (JISA) dan pemeriksaan teknikal ke atas kenderaan terlibat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |