‘Coolie’, filem baharu Rajinikanth antara pilihan kaki wayang Malaysia

3 hours ago 3

PETALING JAYA – Terus berdaya maju dalam bidang perniagaan, Malik Streams Corporations Sdn. Bhd. terbabit dalam filem Kollywood pecah panggung menerusi naskhah Coolie lakonan legenda Rajinikanth apabila berperanan sebagai pengedar rasmi karya tersebut.

Mula ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 14 Ogos lalu, Coolie kini merupakan antara filem terhangat di pawagam apabila menduduki tangga ketiga carta Top 10 GSC di belakang Demon Slayer dan (Cant) The Shadow’s Edge.

Coolie merupakan filem aksi thriller berbahasa Tamil India 2025 yang diarahkan Lokesh Kanagaraj dan diterbitkan oleh Kalanithi Maran.

Selain Rajinikanth, filem tersebut dibintangi barisan pelakon hebat lain termasuklah Nagarjuna, Soubin Shahir, Upendra, Shruti Haasan, Sathyaraj dan Aamir Khan.

“Ini adalah perjalanan yang paling tidak dapat dilupakan dan menarik untuk peminat Rajinikanth kerana filem ini menandakan 50 tahun Superstar Padma Bhushan Rajinikanth dalam industri,” ujar pengasas dan pengerusi Malik Group of Companies, Datuk Abdul Malik Dasthigeer atau dikenali sebagai Datuk Malik dalam satu kenyataan.

Datuk Malik ketika ditemu bual media di tayangan perdana filem Coolie lakonan pelakon legenda Kollywood, Rajinikanth di ibu negara baru-baru ini.

Coolie telah mencatatkan kutipan tertinggi di dunia untuk tayangan hari pertama di pawagam Tamil.

Superstar Padma Bhushan Rajinikanth kembali ke skrin besar dalam Coolie: The Movie, sebuah tontonan aksi besar-besaran yang sarat dengan karisma, jiwa dan aksi yang mendebarkan.

​​Kumpulan Syarikat Malik Streams memiliki pelbagai perniagaan. Pertama sekali, Malik Streams Corporation Sdn. Bhd. iaitu sebuah syarikat telah berjaya beroperasi sejak 2007 dan yang berurusan dengan penyediaan barangan isi rumah dan bekalan borong.

Malik mengendalikan syarikat yang boleh dikatakan paling berjaya dalam industri hiburan Malaysia (Malik Streams Corporation) dan bertindak sebagai penghubung langsung dan wakil Malaysia terhadap gergasi hiburan lain seperti Bollywood dan Kollywood.

Perniagaannya tidak hanya meliputi hiburan dan media tetapi juga meliputi pelaburan hartanah, pertukaran mata wang dan industri perhotelan.

Setakat ini, Malik telah melebarkan sayap untuk menceburi bidang emas dan berjaya memiliki empat butik emas grand dan eksklusif dengan jenama MS Gold yang terletak di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur, Seremban, dan Johor. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |