GANDINGAN Chen Tang Jie-Toh Ee Wei meneruskan rentak cemerlang pada aksi China Masters 2025.
- Oleh AIZATIE NAJMIN SULAIMAN
- 19 September 2025, 12:14 pm
PETALING JAYA – Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei meneruskan rentak cemerlang sebagai juara dunia apabila mara ke separuh akhir China Masters 2025 selepas menundukkan gandingan Hong Kong, Tang Chun Man-Tse Ying Suet di Shenzhen Arena, sebentar tadi.
Pasangan pilihan ketiga itu bermula baik dengan kemenangan 21-12 pada set pertama, namun dikejutkan lawan apabila tewas 12-21 di set kedua sekali gus memaksa aksi penentuan.
Tang Jie-Ee Wei bagaimanapun kekal tenang dalam saat genting untuk menoktahkan kemenangan 21-17 dalam tempoh 61 minit permainan.
China Masters kali ini merupakan kejohanan sulung buat Tang Jie-Ee Wei selepas menjulang kejuaraan dunia di Paris bulan lalu, menjadikan kejayaan ke separuh akhir ini satu lagi langkah penting dalam misi memburu gelaran. KOSMO! ONLINE

1 month ago
34





![[VIDEO] ‘Tuala wanita punya pasal..tahi di sana, tahi di sini’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-07-at-5.19.13-PM.jpeg)
![[VIDEO] ‘Dengan kami pun terikut baca doa’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-07-at-5.00.29-PM.jpeg)










































