Agong terima menghadap Ketua Polis Negara

6 hours ago 4
Khalid ketika mengadakan pertemuan bersama Sultan Ibrahim hari ini. Foto FACEBOOK SULTAN IBRAHIM SULTAN ISKANDAR
  • Oleh KOSMO!
  • 17 Ogos 2025, 1:40 pm

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima menghadap Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Khalid Ismail di Istana Bukit Tunku, di sini.

Ketibaan beliau turut diiringi Pengarah Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Ibrahim Darus serta Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) PDRM, Datuk M. Kumar.

Pertemuan itu merupakan yang pertama bagi Ibrahim dan Kumar sejak memulakan portfolio baharu masing-masing dalam pasukan PDRM.

Dalam sesi menghadap tersebut, Seri Paduka Baginda dipersembah maklum mengenai isu-isu semasa berkaitan PDRM serta aspek keselamatan negara. – KOSMO! ONLINE.

Read Entire Article
Pertanian | | | |