5 pasangan selebriti setia tunggu rezeki anak

14 hours ago 5

DRAMA Mandul Bukan Pilihan yang rancak ditayangkan menerusi saluran Astro Ria mengundang pelbagai respons penonton.

Paling banyak mengulas dan memberi respons pastinya pasangan yang kini dalam usaha memiliki zuriat (TTC). 

Bagi mereka, naskhah arahan Osman Ali itu memaparkan realiti sebenar kesungguhan dan kesukaran perjalanan segelintir pasangan yang berjuang untuk mempunyai keturunan sendiri.

Namun, adakalanya rezeki tersebut diberikan cepat dan ada juga terpaksa menanti bertahun-tahun bagi menimang cahaya mata yang menjadi impian setiap pasangan sudah berkahwin.

Situasi tersebut bukan sahaja dilalui orang biasa tetapi golongan selebriti juga tidak terlepas daripada berjuang untuk hamil.

HibGlam minggu ini menyenaraikan beberapa pasangan selebriti yang masih menanti untuk mempunyai anak meski ada yang reda sekiranya kekal hidup berdua hingga ke akhir hayat.

  • Beto Kusyairy dan Tisha Shahar

MENDIRIKAN rumah tangga rumah tangga sekitar 14 tahun lalu iaitu pada 2008, Beto Kusyairy dan isterinya, Tisha Shahar antara pasangan yang kerap diasak pertanyaan tentang anak.

Beto dalam satu temu bual sebelum ini berkata, dia tidak pernah berhenti berusaha untuk dapatkan zuriat, namun akur rezeki masih belum kunjung tiba.

Mereka juga tidak bercadang untuk mengambil anak angkat meski sudah lebih sedekad hanya hidup berdua.

  • Siti Elizad dan Shamsul Bahrin

BOLEH dikatakan antara pasangan paling kental bila berbicara tentang zuriat. 

Siti Elizad merupakan selebriti wanita yang umum tahu sangat mengimpikan hasrat untuk mempunyai anak sendiri.

Pelbagai cara dan usaha yang dilakukan bersama suami tercinta, Shamsul Baharin Abdul Rahman termasuk melakukan rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) sebanyak dua kali, namun masih belum dikurniakan rezeki.

Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada tahun 2015 itu bagaimanapun tidak merancang untuk mengambil anak angkat, kerana perkara tersebut melibatkan perasaan banyak pihak.

  • Janna Nick dan Dini Schatzmann

JANNA Nick dan Dini Schatzmann selamat mendirikan rumah tangga di Pulau Langkawi, Kedah pada 10 Jun 2023.

Mahu menimang cahaya mata segera, bekas hos Melodi itu mengakui secara terbuka sedang berusaha hamil.

Pernah terkesan dengan pertanyaan segelintir individu tentang zuriat, Janna terbuka berkongsi perjalanan TTC kepada umum.

  • Izzue Islam dan Awin

LEBIH sedekad mendirikan rumah tangga, Izzue bernikah dengan Awin Nurin yang juga pengurusnya pada Jun 2013 antara pasangan yang masih menanti rezeki untuk memiliki zuriat sendiri.

Tidak pernah memberi tekanan terhadap diri sendiri mahupun pasangan, Izzue juga reda sekiranya satu hari nanti dimaklumkan sama ada dia atau Awin mempunyai ‘masalah’.

Difahamkan, mereka pernah berusaha untuk mendapatkan anak melalui kaedah IVF, namun terpaksa menangguhkan rawatan kerana kesibukan kerja dan jadual yang padat. 

  • Sweet Qismina dan Adam Lee

PASANGAN merpati dua sejoli ini berkahwin pada Oktober 2022.

Disebabkan terlalu inginkan zuriat, Sweet dan Adam pernah menangis kerana tertekan dengan keadaan diri yang masih belum dikurniakan rezeki menimang cahaya mata.

Enggan larut dengan emosi yang boleh memakan diri, Sweet, 28, percaya Tuhan akan memberinya rezeki untuk menimang cahaya mata satu hari nanti.

Read Entire Article
Pertanian | | | |