20 platform pelbagai rangkaian mudahkan akses digital rakyat Malaysia

3 days ago 12

PETALING JAYA – Peningkatan kebergantungan orang ramai terhadap  teknologi digital tempatan telah membuatkan Ketua Pegawai Eksekutif Good Foodie Media (foodiemedia.com), Pinn Yang membangunkan  20 platform rangkaian digital tempatan.

Menurut Pinn Yang, inisiatif ini lahir daripada kepercayaannya bahawa setiap rakyat di negara ini berhak menikmati akses digital yang mudah, mesra pengguna dan relevan.

“Kami percaya setiap rakyat berhak menikmati akses digital yang mudah, mesra pengguna dan relevan dengan kehidupan mereka. 

“Sebab itu, dari Foodie.my hingga Goie.com, setiap platform yang kami bangunkan mempunyai satu tujuan yang sama iaitu memberi nilai sebenar kepada masyarakat. 

“Sama ada mencari tempat makan, merancang bajet, memantau cuaca, atau merancang perjalanan, semuanya kini boleh dilakukan hanya dengan beberapa klik,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Antara 20 platform yang dibangunkan adalah, foodie.my, penangfoodie.com, klfoodie.com, johorfoodie.com, malaysiahomie.com, travelrookie.my , WauPost.com, kalculator.my, weathertoday.my, waktusolat.info, rezeki.co, goldprice.com.my, alat.my, impian.co, visitmalaysia.com.my dan goei.com.

Menambahkan lagi kemudahan buat masyarakat , inisiatif Pinn Yang melalui Good Foodie Media turut melengkapkan ekosistem digital  dengan pelbagai gaya hidup dan yang paling popular ialah Foodie.my, sebuah portal kulinari menyeluruh yang menghimpunkan destinasi makan terbaik di seluruh negara. 

Selain itu, untuk kewangan pula, beliau membangunkan kalculator.my sebagai kalkulator kewangan pintar, manakala weathertoday.my menawarkan ramalan cuaca tepat, dan waktusolat.info pula menjadi rujukan ibadah umat Islam.

Dalam aspek motivasi dan ilmu kewangan, rezeki.co menyediakan artikel keusahawanan dan pelaburan, manakala pelabur emas boleh mengikuti pasaran melalui GoldPrice.com.my.

Bagi keperluan perniagaan, alat.my menawarkan pelbagai alat produktiviti dan Impian.co menjadi ruang untuk inspirasi dan pembangunan diri.

Dalam pada itu, visitmalaysia.com.my memberi panduan pelancongan di seluruh negara dan yang terbaharu, Goie.com menyenaraikan acara hiburan, festival dan konsert yang menjadi tarikan warga muda serta keluarga.

“Ekosistem digital Malaysia semakin matang dan kami bangga menjadi sebahagian daripada transformasi ini,” ujarnya.

Kewujudan 20 platform digital ini membuktikan bahawa rakyat  semakin selesa dengan solusi teknologi tempatan yang praktikal, mudah diakses, dan bermanfaat dalam kehidupan seharian. 

Lebih daripada sekadar aplikasi, ia adalah satu gaya hidup digital baharu yang membentuk wajah moden negara.

Pinn Yang juga merupakan pengasas kepada beberapa jenama digital popular lain seperti PenangFoodie.com, KLFoodie.com, JohorFoodie.com, MalaysiaHomie.com, TravelRookie.my dan WauPost.com, sekali gus mengukuhkan reputasinya sebagai salah seorang peneraju ekosistem digital tempatan. -KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |