2,800 peserta sertai larian MAPPA ke-20

2 hours ago 1
Shamsul Azri (kiri) bersalam dengan orang kurang upaya (OKU) perserta larian Program Larian MPPA Ke-20 di Dataran Bandaraya Johor Bahru malam tadi. Foto BAAZLAN IBRAHIM/ KOSMO!
  • Oleh KHAIRUL MOHD. ALI
  • 17 Ogos 2025, 12:00 pm

JOHOR BAHRU – Seramai 2,800 peserta menyertai program Larian Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) Ke-20 Tahun 2025 peringkat Wilayah Selatan yang diadakan di Dataran Bandaraya Johor Bahru, malam tadi.

Majlis pelepasan larian itu disempurnakan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Selain memupuk gaya hidup sihat, program itu juga merupakan platform memperkukuh semangat patriotisme serta mendukung aspirasi Malaysia Madani digagaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Program larian itu merangkumi dua kategori utama iaitu 5 kilometer Fun Run dan 1.5 kilometer Fun Walk yang turut disertai golongan orang kurang upaya (OKU).

Ia dianjurkan dengan kerjasama Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Wilayah Selatan, JB Neon Recreational Night dan kerajaan negeri Johor. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |