[VIDEO] Syed Saddiq ditawar kelas percuma, dijamin macam ‘original Sabahan’

1 day ago 10

PETALING JAYA – Kumpulan Budayawan dari Sabah menawarkan kelas Tarian Sumazau dan Kuda Pacu secara percuma kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Tawaran itu diberikan susulan gesaan orang ramai supaya kumpulan tarian itu mengasah bakat tari Syed Saddiq yang telah disamakan dengan ‘patung angin Shell’.

Menerusi media sosial, Kumpulan Budayawan itu memberikan jaminan bahawa Syed Saddiq akan menari seperti penduduk tempatan Sabah selepas selesai mengikuti kelas tarian berkenaan.

Menerusi hantaran tersebut, Bella Astillah dan Syed Saddiq turut ‘diseru’ selain video tutorial juga disertakan bersama sebagai rujukan kepada kedua-duanya yang popular digelar ‘BASS’.

“Ramai betul suruh YB @Syed Saddiq belajar menari. Jadi kami kasi video tutorial dulu untuk Tarian Sumazau sama Kuda Pacu.

“@Bella Astillah, bawa YB datang KK (Kota Kinabalu) lagi bah dan jangan lupa beritahu kami. Kami ready (sedia) sudah ni bagi ‘free workshop’ sampai YB menari macam ‘original Sabahan’,” kata Kumpulan Budayawan.

Semalam menerusi Kosmo! Online, Syed Saddiq dilaporkan sekali lagi menjadi bualan netizen apabila tarian bersama Bella Astillah sempena Pesta Kaamatan dilihat terlalu keras selain tiada lenggok.

Video yang dimuat naik di media sosial beliau itu memaparkan dirinya sedang asyik menghafal gerakan bagi tarian tradisional berkenaan sehingga orang ramai menyifatkannya terlalu ‘kayu’. – KOSMO! ONLINE

@kumpulanbudayawan Replying to @Beya beya Ramai betul suruh YB @Syed Saddiq , belajar menari, jadi kami kasih video tutorial dulu untuk Tarian Sumazau sama Kuda Pacu. @Bella Astillah, bawa YB datang KK lagi bah dan jangan lupa bagitau kami, kami ready sudah ni bagi free workshop sampai YB menari macam Original Sabahan 🥰❤️ #kumpulanbudayawan #budayawan #borneo #sabah #fyp #traditional #culture #dancing #foryoupage #pestamenuai #kaamatan #tutorial #sumazau #kudapacu #bellaastillah #syedsyaddiq #sabahan #igaligal ♬ kaamatan song – 🌿𝔓𝔞𝔫𝔡𝔞 𝔅𝔬𝔫𝔤𝔰𝔲🌿
Read Entire Article
Pertanian | | | |