[VIDEO] Suami cuak bila isteri tanya harga joran

4 hours ago 2

PETALING JAYA – Seorang lelaki mencuri perhatian apabila gelagatnya kelihatan seolah-olah ketakutan ketika menjawab soalan isteri mengenai harga joran yang baru dibeli.

Menerusi video di TikTok milik @Liyaxtl_, lelaki berkenaan dilihat meletakkan joran di tempat duduk belakang kereta sambil isterinya bertanyakan harga serta meminta resit pembelian.

Lelaki itu mendakwa joran tersebut berharga RM20 dan memaklumkan kepada isterinya bahawa resit telah dibuang.

“Dia baru beli batang pancing, dia kata RM20, tapi kenapa dia cuak?,” tulis pemilik akaun tersebut dalam video berkenaan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan reaksi lelaki itu yang dilihat gugup sewaktu menjawab soalan isterinya.

“Dah buang tu mesti dah ‘rehearsal’ sebelum sampai kereta kan abang? Kau jangan nak gulakan akak kami,” komen @Rambo.

“Abang tunjuk jari dua tu, tapi tangan bergetar. Itu bukan RM20 tapi RM799 kak, tu la pasal buang resit,” seloroh @Pamelamellyy.

“Hahaha… Sebelum kena soal buang resit dulu. ‘Make sure’ (pastikan) transaksi semua tunai bang… Jangan ‘online banking’ (perbankan dalam talian) nanti mudah kena ‘trace’ (jejak),” kata @Muhdsyafique92.

Setakat ini, hantaran tersebut telah menerima 6,420 tanda suka, 269 komen dan 956 perkongsian. – KOSMO! ONLINE

@liyaxtl_ p/s , dah tengok resit. masih dalam bajet dia. so i is okay 🤣 #fyppppppppppppppppppppppp #xybca @Aniq ♬ original sound – ࣪𝓵𝓲𝔂𝓪𝓪 🩰
Read Entire Article
Pertanian | | | |