Muda 10 tahun, Maxime Bouttier nikahi Luna Maya esok

4 hours ago 2

BERITA mengenai pernikahan pelakon popular Indonesia, Luna Maya, 41 bersama kekasihnya Maxime Bouttier, 31, semakin hangat diperkatakan di negara jiran.

Terbaharu, pelakon filem Tembus itu memuat naik video yang mendedahkan tarikh 7 Mei 2025 yang dipercayai tarikh dia bakal diijabkabul dengan Maxime.

Dia juga dilihat berkongsi video acara bersiram yang berlangsung hari ini dalam Instagram Story.

Jurang usia 10 tahun di antara Luna dan Maxime sering menjadi perbualan ramai. Namun itu bukan penghalang untuk mereka terus memintal ikatan cinta.

Dalam satu temu bual siri audio siar Luna bersama media di sana, dia mendedahkan pernah membahas soal jarak umurnya dengan Maxime.

Dedah Luna lagi, antara hal yang dibincangkan adalah soal hubungan intim.

“Mungkin akan ada perubahan dari segi prestasi di ranjang. Bila umur aku menginjak ke 50 tahun, Maxime baru berusia 40 tahun.

“Tetapi setakat ini kami berdua tidak punya masalah. Kami sedia menghadapi segala kemungkinan di masa akan datang kerana masing-masing sudah dewasa dan kami semakin matang seiring usia,” katanya.

Tambahnya lagi, dia juga pernah memikirkan tentang Maxime mungkin akan jatuh cinta dengan perempuan yang lebih muda satu hari nanti.

“Aku juga sudah bersiap sedia seandainya satu hari nanti Maxime akan jatuh cinta dengan wanita yang jauh lebih muda.

“Sama ada dia tinggalkan aku untuk perempuan yang lebih muda atau aku yang tinggalkan dia untuk lelaki yang jauh lebih muda,” katanya sambil ketawa.

Luna turut mendedahkan sebelum bercinta dengan Maxime dia pernah dilamar oleh seorang lelaki.

“Aku bercinta dengan lelaki tersebut selama dua tahun setengah. Tetapi selepas dia melamar aku, aku rasa dia bukan lelaki yang sesuai untuk menjadi suamiku. Jadi aku pulangkan semula cincin kepadanya,” kongsinya.

Luna dan Maxime bakal melangsungkan perkahwinan mereka di Bali iaitu tempat kelahiran Luna. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |