Hasrat pesara berniaga di TikTok tidak kesampaian, RM82,600 lesap

3 hours ago 1
  • Oleh AHMAD SHAHERMAN SHAMSURI
  • 6 Mei 2025, 4:46 pm
Gambar hiasan

BESUT – Seorang pesara kerugian RM82,600 selepas ditipu individu yang kononnya mahu membantunya berniaga di TikTok adalah seorang scammer.

Lelaki berusia 67 tahun yang kehilangan wang simpanannya itu telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Besut di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Azamuddin Ahmad @ Abu berkata, lelaki warga emas yang berhasrat membuka akaun TikTok Shop tersebut telah berkenalan dengan suspek menerusi laman Facebook.

“Mangsa telah diminta menghantar salinan Mykad dan sekeping gambar swafoto kepada suspek kononnya bagi membantu pendaftaran akaun TikTok Shop.

“Suspek seterusnya meminta mangsa menyerahkan modal permulaan kononnya bagi pembukaan akaun TikTok Shop berkenaan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Azamuddin berkata, pesara yang menerima sedikit keuntungan pada peringkat awal mula menyakini suspek sehingga menuruti permintaan menambah modal.

Beliau berkata, mangsa telah melakukan pindahan wang menerusi 14 transaksi ke dalam tujuh akaun bank berasingan diarahkan suspek kononnya bagi penambahan modal sebelum akhirnya menyedari telah tertipu. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |