Ombak Villa lancar Senja, dewan acara yang bercirikan kelestarian

6 hours ago 3

PETALING JAYA – Ombak Villa Langkawi telah melancarkan dewan acara pertamanya di Langkawi, Kedah yang dikenali sebagai Senja bersesuaian dengan lokasinya yang terletak di lokasi strategik di hotel berkenaan yang menghadap laut.

Dengan slogan Celebrate Every Moment, Senja telah direka dan dibangunkan dengan kepelbagaian fungsi, kelestarian dan keindahan alam semula jadi yang menjadikannya sebagai  sebuah lokasi acara yang unik dan menarik sekali gus dapat mengubah landskap acara destinasi di Malaysia.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini, Senja telah direka sebagai ruang acara serba boleh yang sesuai untuk kegunaan dalam dan luar bangunan. 

Ia mampu menampung sehingga 400 tetamu di ruang dalam dan 300 tetamu di ruang luar, menjadikannya sebagai lokasi ideal untuk pelbagai jenis acara terdiri daripada persidangan korporat, pelancaran produk, graduasi, konsert mini hingga ke pelbagai sambutan seperti majlis perkahwinan.

“Selaras dengan misi kelestarian Ombak Villa Langkawi, Senja dibina dengan ciri-ciri reka bentuk yang mesra alam seperti pemasangan 24 panel solar, sistem tadahan air hujan, pengudaraan semula jadi serta kaedah penyejukan pasif. 

“Panel kaca bersaiz besar digunakan untuk memaksimumkan pencahayaan semula jadi, manakala bahan binaan lestari digunakan secara menyeluruh.

“Lebih penting lagi, sebanyak 33 pokok kelapa matang dipelihara di tapak asalnya sebagai sebahagian daripada komitmen syarikat terhadap pemuliharaan alam sekitar.

“Selain itu, lebih daripada 100 pokok dan 3,000 pokok renek  telah ditanam di sekitar kawasan lanskap Senja.” jelasnya.

Inisiatif tersebut telah menyokong aspirasi Senja untuk memperoleh pensijilan Penarafan Perak daripada Green Real Estate (GreenRE), yang bakal menjadikannya ruang acara pertama di Malaysia dengan pengiktirafan tersebut. -KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |