[VIDEO] Kawan ni masa senang sahaja, bila susah bini kau juga yang cebok!

4 hours ago 1

PETALING JAYA – “Yang pergi ‘ride’ (menunggang motosikal) tu hati-hati. Gembira, gembira juga. ‘Fly’, ‘fly’ juga tapi kau kena ingat, mat. Masa kau sakit, kawan-kawan kau tak ada.”

Itu antara pesanan seorang lelaki kepada penunggang motosikal yang hanya memikirkan keseronokan ketika menunggang ditambah dengan aksi berbahaya.

Menggunakan profil @MrOdan di media sosial individu itu berkata, dia terpanggil untuk berpesan demikian kerana pernah melalui situasi memeritkan itu selepas pernah terlibat kemalangan.

“Aku terlantar enam bulan, dikhianati, tiga hari tak ingat apa-apa. Aku dah rasa duduk dekat pintu neraka, tiba-tiba tiga minit aku sedar semula. Semua aku dah rasa sebab tu aku berani cakap.

“Masa kau sakit mat, kawan-kawan kau tak ada. Hari pertama je dia orang cakap ‘semoga cepat sembuh’, lepas tu berak cebok bini kau yang kena uruskan, bukan kawan-kawan kau. Bawa lah motosikal hati-hati tak payahlah nak ‘fly’ ke apa janji sampai sudah,” katanya.

Dalam masa sama, dia turut berpesan kepada para isteri supaya menasihati suami agar menunggang dengan berhati-hati.

“Yang bini dekat rumah tu nasihat laki kau sebab yang kena jaga laki tu nanti, engkau. Nak kena cebok, dukung, cari nafkah, sara hidup laki dan teruskan hidup, (jadi) kau nasihatkan. Kena ingat orang tersayang.

“Kawan-kawan kalau kau ‘pergi’ hari ni je dia orang ingat, esok tak ingat dah. Dia boleh buat (program) ‘charity’ (amal jariah) pula, ‘Ride to Penang’ masa kenduri 40 hari kau. Percayalah, aku dah jumpa dah,” tambahnya.

Hantarannya itu mengundang pelbagai respons orang ramai terutamanya kaum wanita yang berkongsi pengalaman masing-masing.

“Aku cerai sebab penat nak hadap, dia tak terima teguran. Memang la sebelum ‘ride’ rumah semua dah beli, makanan dan duit belanja dah bagi. Habis kalau jadi apa-apa? Anak bini tak sihat pergi juga,” luah @Potato.

“Dah merasa bang suami kemalangan sebab cari nafkah. Patah tangan, dua kaki. Saya masa tu mengandung enam bulan dengan dua orang anak lagi. Bayangkan enam bulan dalam perut, angkat dan uruskan suami,” kongsi @ziqfanmika.

“Kadang-kadang bini nasihat tak dengar, lebih pentingkan kawan-kawan. Dah jadi baru nak sedar bang,” ujar @Azroy. – KOSMO!

@mr.odan7 𝙝𝙖𝙩𝙞-𝙝𝙖𝙩𝙞 𝙧𝙞𝙙𝙚 , 𝙟𝙖𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙗𝙪𝙖𝙩 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙗𝙪𝙠𝙖𝙣-𝙗𝙪𝙠𝙖𝙣 , 𝙠𝙖𝙬𝙖𝙣 𝙠𝙞𝙩𝙖 𝙩𝙖𝙠 𝙨𝙚𝙡𝙖𝙡𝙪 𝙙𝙚𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙠𝙞𝙩𝙖 , 𝙛𝙞𝙠𝙞𝙧 𝙢𝙖𝙨𝙖𝙠-𝙢𝙖𝙨𝙖𝙠 ….. #CapCut #rxz #petronasmotogp #cotia #segamat #pontian #kotatinggi #batupahat #johor #fyp #tzm150 #tzm150malaysia #125 #125cc #xmax #xmaxดิว่ะ #xmax300thailand #volvo #volvotruck #volvotrucks ♬ bunyi asal – MrOdan

ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |