[VIDEO] Seronok tengok orang bawa ‘kunci syurga’ menghadap ‘pemilik syurga’

10 hours ago 6

PETALING JAYA – Tindakan seorang wanita Indonesia menggendong ibunya sambil berjalan tanpa mengenal erti penat sewaktu melaksanakan ibadah haji di Tanah Suci, mengundang sebak dalam kalangan orang ramai.

Menerusi video dimuat naik wanita tersebut pada TikTok Wahyuningsih memperlihatkan, dia sedang menggendong ibunya ketika melakukan sai dan kadangkala, tugas itu turut diambil oleh suaminya.

“Kuatkan pundakku (bahuku) ya Allah. Terima kasih sudah menjadi wasilahku sampai ke Baitullah.

“Kuatkan pundak suamiku untuk mengendong ‘syurgaku’ (ibuku) ya Allah,” katanya pada kapsyen video.

Selain mengundang sebak orang ramai, mereka turut mendoakan wanita itu dan suaminya diberikan kesejahteraan dan pahala berganda apabila bersama-sama membantu ibu mereka mengerjakan haji.

Malah, video tersebut turut menarik perhatian pengguna TikTok warga Malaysia.

“Seronok tengok orang-orang ni bawa ‘kunci syurga’ (ibu) masing-masing menghadap pemilik syurga (Allah SWT),” komen kingofultraman.

“Seronok tengok orang-orang sanggup mengending ‘syurganya’ (ibu), sedangkan ‘syurgaku’ sudah pergi dulu ke syurga sang pencipta,” kata Cek Net.

“Ya Allah, sedih dan sebaknya. Semoga saudari tergolong dalam kalangan ahli syurga,” komen ud. – KOSMO! ONLINE

@useroxfw4620fc Kuatkan pundak ku ya Allah… 🤲🤲🤲 #umroh #haji2025 Trimakasih sudah menjadi wasilahku sampai ke Baitullah @ekaanis_k ♬ Rapuh – Opick
Read Entire Article
Pertanian | | | |