[VIDEO] ‘Mat salih’ segak bergaya berbaju Melayu

4 hours ago 2

PETALING JAYA – Seorang pengantin perempuan mencuri perhatian ramai selepas berkongsi momen indah hari persandingannya apabila seluruh keluarga suaminya yang berasal dari United Kingdom (UK) mengenakan pakaian tradisional Melayu.

Menerusi satu hantaran di TikTok milik @Yayafarhanaaaaaa, kelihatan keluarga pengantin lelaki berjalan beramai-ramai menuju ke dewan persandingan sambil diiringi alunan kompang, lengkap mengenakan busana tradisional.

“Semua cantik dan segak dengan pakaian tradisional Melayu kita kan,” tulis pemilik akaun di ruangan kapsyen.

Video tersebut turut memaparkan ahli keluarga pihak lelaki yang tampil mengenakan baju kurung bagi kaum wanita manakala, baju Melayu lengkap bersampin bagi kaum lelaki.

Pengantin lelaki pula dilihat segak menggayakan baju songket berwarna biru gelap, selari dengan konsep tradisional majlis perkahwinan tersebut.

Menurut pemilik video berkenaan, rakan-rakan lelakinya turut membantu keluarga sebelah suami untuk memakai sampin dengan betul kerana mereka masih kekok dengan pemakaian kain tersebut.

Meninjau ke ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa kagum dan bangga melihat keindahan budaya Melayu yang diraikan oleh keluarga tersebut.

“Memang lawa mat salih pakai baju Melayu. Bangga dengan pakaian orang Melayu,” komen @Sharm.mdzin.

“Segak dan kacak pengantin lelaki ni berbaju songket,” kata @Sara.

“Kan cantik dan sedap mata memandang perkahwinan macam ni. Tak macam sesetengah orang nak juga tiru gaya Barat padahal adat Melayu lagi indah,” ujar seorang pengguna lain. – KOSMO! ONLINE

@yayafarhanaaaaaaSemua cantik dan handsome with our malay traditional outfit kan!

♬ original sound – Queen Swift ✨

Read Entire Article
Pertanian | | | |