[VIDEO] Masuk jadi darah daging, berapa lama buat kerja ni? – Ojen

1 day ago 8

PETALING JAYA – Pempengaruh media sosial, Ojen Aiwah mengamuk apabila seorang wanita yang juga pembeli peribadi atau ‘personal shopper’ didakwa menipunya sehingga mencecah RM246,611 bagi pembelian kunafa jualannya.

Ojen atau nama sebenarnya Mohd. Ruzain Ahza Mohd. Rosli, 28, berkongsi gambar dan video pada media sosial yang mana dia sedang marah dan mengamuk terhadap wanita itu yang dikatakan telah melakukan perbuatan berkenaan sejak lapan bulan lalu tanpa disedarinya.

Dia bersemuka dengan wanita berusia 35 tahun itu dalam satu acara di Sabah dan katanya, wanita tersebut dipercayai telah menunjukkan resit palsu yang disunting kepada kakitangan Ojen bagi mengambil pesanan kunafa.

Kunafa berkenaan dibeli daripada pelanggan melalui wanita itu yang membayarnya menerusi khidmat pembeli peribadi yang ditawarkan.

“Masuk dalam akaun sendiri, bukan masuk dalam akaun Kunafa Aiwah. Dah lama dah ni, akak jujur sekarang dah berapa lama buat kerja ni berkaitan makanan, masuk darah daging.

“Scam orang, berapa lama? Jujur. Masuk akaun sendiri, tukar nama resit. Aku kira sampai tiga, kau nak bayar duit aku macam mana sekarang. Nak cari jalan apa? Kau banyak kali menyusahkan mak kau kan.

“Mak kau dah minta maaf, minta jasa baik semua sebab kau dah banyak kali scam orang kan?,” kata Ojen sedang memarahi wanita tersebut menerusi video yang dimuat naik.

Ojen berkata, wang tersebut bukan miliknya semata-mata, bahkan hak pekerjanya memandangkan ia sumber gaji kepada mereka.

“Hidup mewah pergi Korea dua kali. Dari petang cakap baik-baik, sampai 4 pagi ‘seketul’ minta maaf pun susah nak keluar. Air mata pun tak ada ya. Sabar aku ada had,” katanya.

Susulan itu, Ojen turut membuat laporan polis di Balai Polis Kota Kinabalu semalam.

“Terus terang semalam saya dah hilang sabar sebab saya dan staf penat berniaga, nak patah tulang belakang bakar kunafah. Namun saya pasti Allah akan bantu, Allah akan bagi lebih lagi, ada hikmahnya.

“Tapi saya tidak akan lepaskan wanita ini sewenang-wenangnya. Saya akan pastikan dia meringkuk dalam penjara. Tidak dapat lagi meneruskan modus operandi dan saya tak nak peniaga atau lebih ramai orang lain lagi terkena nasib yang sama,” ujarnya.

Ojen berkata, setakat semalam, wanita itu telah melunaskan bayaran sebanyak RM69,300.

“Buat masa ini, saya tak hairan pasal duit dah. Yang penting saya nak dia ke lokap dan kena bagi pengajaran. Kalau saya tak ambil tindakan berapa ramai lagi yang akan jadi mangsa,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

@ojennn_aiwahhAssalamualaikum semua saya telah discammed oleh salah seorang yang membuat khidmat PS ( Personal Shopper ) Kunafah Aiwahhh sebanyak hampir SUKU JUTA 😭🙏 Setakat harini Wanita Sabahan berumur 35tahun ini telah scammed sebanyak RM 246,611 ringgit Malaysia menggunakan resit palsu , salahlaku menukar dan mengedit resit palsu ( CIMB & MAYBANK ) SCAM melalui transfer bukan Qrpay . Wanita ini terlalu licik dan bijak, Resit palsu tu memang sebijik resit sebenar tarikh, masa, Minit dan jumlah pembelian semua sama . Rupa rupanya , dia adalah bekas seorang banker di salahsatu bank ( BSN ) di sabah ( Sudah dibuang ) Resit yang terkumpul sebanyak 200 resit dan kesemuanya SAH palsu ! Dia guna apps utk edit semua resit . Selama 8 bulan dia dah buat kerja ni. Allahuakbar subhanallah 😭 Terus terang semalam saya dah hilang sabar sebab saya dan staff penat berniaga, Nak patah tulang belakang bakar kunafah namun saya pasti Allah akan bantu, Allah akan bagi lebih lagi, Ada hikmahnya 😭🙏 Tapi saya tidak akan lepaskan wanita ini sewenang wenangnya. Saya akan pastikan dia meringkuk dalam penjara. Dan tidak dapat lagi meneruskan modus operandi dan saya taknak peniaga atau lebih ramai orang lain lagi terkena nasib yang sama. P/s: Saya ada mintak izin dan advice dari pegawai polis adakah saya boleh viralkan muka beliau ? Jawapannya: Silakan sangat boleh, Lagi lagi ini kes melibatkan diri sendiri bukan orang lain . Tapi harini saya masih baik lagi censored muka beliau . Saya tunggu sehingga beliau bayar duit saya sedikit pada hari selasa ini berjumlah ( RM64k ) kalau tak dapat saya proceed viralkan muka pulak 👍🏻 Setakat semalam, dia dah lunaskan RM69,300. At this moment saya dah tak heran pasal duit dah. Yang penting saya nak dia ke lokap. Dan kena bagi pengajaran. Kalau saya tak takeaction berapa ramai lagi yang akan jadi mangsa. Jangan main api dengan salah orang. Saya dah sabar lama dah rosak hari saya semalam. Takdapat nak imagined duit banyak macam tu dia boleh scam. Bukan biasa biasa ini berskala besar. fuhh tahniah 👍🏻

♬ Mencintaimu – Mahalini

Read Entire Article
Pertanian | | | |