[VIDEO] ‘Bawa unta dari Mekah, kalah semua orang’

6 hours ago 2

PETALING JAYA – Telatah seorang wanita warga emas yang baru pulang dari Tanah Suci mencuri perhatian ramai apabila dilihat berlari anak ke arah keluarganya dengan ‘keychain’ (rantai kunci) unta tergantung di beg.

Menerusi perkongsian video di TikTok oleh @Yuyuueew memaparkan momen warga emas berkenaan yang kelihatan begitu ceria sebaik tiba di lapangan terbang.

Lebih menarik perhatian adalah ‘keychain’ unta bersaiz sederhana yang tergantung pada beg sandangnya.

Meninjau ke ruangan komen, ramai netizen tidak dapat menahan rasa terhibur dengan gelagat spontan wanita tersebut.

“Orang lain dengan labubu, mak cik terus dengan unta. Dari Mekah lagi, kalah semua orang,” kata Kiera.

“Nanti berebut dengan cucu lah untanya,” seloroh seorang pengguna.

“Alah comelnya gelagat dia dengan unta tergantung tu,” komen Yun Nasir. – KOSMO! ONLINE

@yuyuueew Mak wan dan unta nya Alhamdullah selesai sudah semoga mendapat haji yang mabrur🤲🏻🌹🥰 #haji2025 #fyp #fyppppppppppppppppppppppp #fyp #fypage #malaysia ♬ suara asli – Possible
Read Entire Article
Pertanian | | | |