[VIDEO] Baru pakai sikit, tahu-tahu dah penuh sampah orang lain

6 hours ago 3

PETALING JAYA – Seorang lelaki tergamam apabila tong roro yang disewanya untuk mengisi bahan mengubah-suai rumahnya penuh dengan sampah sarap orang lain.

Menerusi satu hantaran di TikTok, lelaki tersebut bertanya kepada orang ramai adakah patut apabila orang lain membuang sampah secara percuma ke dalam tong roro yang disewanya.

“Kau orang rasa patut ke tak patut, tong roro ni aku sewa untuk buat renovation (ubah suai) rumah.

“Tapi, aku baru pakai sikit saja. Datang-datang tengok dah penuh. Depan itu ada orang buat renovation, aku rasa orang depan itu yang buang. Jadi, sekarang aku nak buang sampah kena pesan yang baru. Kalau setakat sikit tak hairanlah nak tumpang, ini sampai penuh tong,” katanya.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata pengguna berpendapat tindakan individu menggunakan tong tersebut untuk kepentingan sendiri adalah tidak wajar.

“Saya pun pernah kena, baru pakai sikit pagi datang dah penuh. Suruh orang yang buang minta bayar separuh dia tak nak bayar. Nasib baik rumah yang saya buat itu ada CCTV. Saya ambil sampah dia letak depan rumah, dia lapor polis. Saya tunjuk video akhirnya dia minta maaf dan bayar roro tu,” kata Azhar.

“Tak patut, saya pernah kena. Memang saya tegur saja bila nampak orangnya. Kita bayar, dia sesuka hati datang buang sampah. Sampah kita tak masuk pun lagi,” kata Zieyla.

Sehingga kini, video tersebut telah ditonton lebih 70,000 kali. – KOSMO! ONLINE

@mohdnaimmalikerja2 reno…

♬ original sound – mohdnaimmali

Read Entire Article
Pertanian | | | |