Usaha sama NexG, LPF teroka peluang dalam pengkomersialan teknologi peringkat global

6 hours ago 4

PETALING JAYA – NexG Berhad (NexG) peneraju dalam penyelesaian teknologi selamat dan pengenalan digital, telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama LUN Partners Financial Limited (LPF).

Melalui kerjasama tersebut, kedua-dua pihak sedang meneroka peluang dalam pengkomersialan teknologi dan/atau penyelesaian milik NexG di peringkat antarabangsa tetapi tidak terhad kepada teknologi pengesahan identiti digital dan keselamatan siber.

Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif NexG, Datuk Hanifah Noordin berkata, kerjasama ini adalah langkah penting syarikat untuk
memperluaskan penawaran penyelesaian identiti digital selamat, keselamatan siber dan teknologi kewangan ke pasaran Asia dan global.

Menurut beliau, menerusi kerjasama ini, NexG dan LPF akan bekerjasama memacu inovasi dalam produk dan aplikasi bagi menyokong permintaan yang semakin meningkat terhadap infrastruktur digital yang dipercayai dalam sektor awam dan swasta di seluruh dunia.

“NexG pula akan menyediakan akses kepada teknologi hak milik yang dibangunkan di Malaysia termasuklah  sokongan teknikal, penyelidikan dan pembangunan (R&D) berterusan, serta penyesuaian sistem selain memastikan kesepadanan dengan piawaian global.

Kedua-dua pihak turut terbuka untuk membentuk usaha sama di
bidang kuasa yang sesuai bagi membina kerjasama strategik jangka panjang.

“Kerjasama ini mencerminkan aspirasi kami untuk mengetengahkan teknologi buatan Malaysia ke pentas dunia.

“Dengan sokongan LPF, kami yakin dapat mempercepatkan penggunaan platform digital yang selamat dan berskala di pelbagai ekonomi digital,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Kerjasama ini dilihat akan mengukuhkan lagi transformasi NexG sebagai peneraju serantau dalam pembentukan ekosistem digital selamat, serta mencerminkan peranan Malaysia yang semakin penting sebagai hab eksport inovasi teknologi yang dipercayai. -KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |