KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz memberitahu, beliau tidak tahu bagaimana pihak Pejabat Perdana Menteri (PMO) ketika itu membuat membuat penilaian terhadap 54 buah syarikat dan pemilihan projek untuk setiap syarikat.
Tengku Zafrul berkata ini kerana, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengeluarkan satu surat cadangan perlantikan 54 kontraktor bagi pelaksanaan 54 projek di bawah Program Jana Wibawa secara rundingan terus.
“Saya sahkan 54 buah syarikat yang disenaraikan di dalam surat ini bukan datang daripada saya dan Kementerian Kewangan. Saya juga tiada pengetahuan sama ada syarikat-syarikat yang disenaraikan oleh Tan Sri Mahiaddin Yassin ini mempunyai kepentingan dengan beliau kerana beliau tidak pernah memaklumkan kepada saya.
“Tan Sri Mahiaddin juga tidak pernah memaklumkan kepada saya bahawa beliau dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akan menerima sumbangan daripada syarikat-syarikat yang disenaraikan pada surat ini,” kata beliau dalam pernyataan saksinya.
Mengulas lanjut, beliau memaklumkan surat bertajuk Cadangan Pelantikan 54 Kontraktor Pelaksana Bagi Pelaksanaan Lima Puluh Empat (54) Projek Di Bawah Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa) Secara Rundingan Terus (Reka & Bina) dibuat pada hari yang sama dengan kelulusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 13 November 2020.
Beliau turut mengesahkan surat ini dikeluarkan oleh Muhyiddin sendiri kerana terdapat tandatangan milik beliau pada muka surat tiga dalam dokumen ini dan arahan YAB Perdana Menteri agar Kementerian Kewangan segera mempertimbangkan cadangan yang beliau kemukakan.
“Saya mengenali tandatangan ini adalah milik beliau kerana saya biasa menerima minit dan surat daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin. Sekiranya saya tidak menerima surat bertarikh 13 Nove 2020 tersebut, saya tidak akan mengambil tindakan susulan tersebut,”katanya.
Berhubung dengan maksud “secara rundingan terus” Tengku Zafrul berkata ia adalah menganugerahkan projek terus kepada syarikat yang disenaraikan tanpa tanpa melalui proses tender dan persaingan tawaran harga dikalangan syarikat-syarikat kontraktor yang lain.
Sementara itu, ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin, mengenai ada atau tidak Perdana Menteri diberi kuasa untuk melantik mana-mana syarikat untuk menjalankan projek kerajaan, saksi itu menjawab tidak ada.
Perbicaraan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Noor Ruwena Md. Nurdin bersambung lagi esok.- KOSMO! ONLINE

12 hours ago
6










![[VIDEO] Tikam pelajar: Bunyi orang jerit, wisel ingatkan kebakaran – Saksi](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/07/WhatsApp-Image-2026-07-06-at-5.15.22-PM.jpeg)





























![[VIDEO] Siapa ‘kait’ seluar dalam orang di Jempol?](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/03/WhatsApp-Image-2026-03-10-at-9.27.15-PM.jpeg)








![[VIDEO] 5 makanan perlu dielakkan di bazar Ramadan, air manis ‘no.1’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/03/WhatsApp-Image-2026-03-09-at-6.45.16-PM.jpeg)