KUALA PILAH – Dinamika politik semasa memungkinkan berlaku pelbagai penjajaran politik, termasuk mengambil kira keunikan landskap politik setiap negeri.
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, perkembangan politik mutakhir tidak boleh dilihat dalam satu acuan memandangkan setiap negeri mempunyai keunikan serta dinamik politik masing-masing.
“Kerana kita tahu bahawa setiap negeri mempunyai keunikan politik masing-masing. Jadi tak mustahil dinamika itu juga menjelma bagi pihak Pakatan Harapan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini
Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis Kampung Angkat MADANI Kementerian Komunikasi 2025 di Surau Kampung Tebat Kering, Kuala Pilah, di sini.
Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Abdul Halim Hamzah, Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Pilah Nawal Mohamed Amin dan Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita (Bernama) Mohd Shukri Ishak serta barisan pengurusan tertinggi agensi kementerian.
Mengulas tentang kemungkinan kerjasama antara PH dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Fahmi berkata setakat ini tiada sebarang perbincangan ke arah itu.
Semalam, Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata parti itu tidak akan bergerak solo pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16), sebaliknya dalam sebuah gabungan politik.
Dalam perkembangan lain, Menteri Komunikasi itu berkata keputusan pengampunan bersyarat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tertakluk di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan yang merupakan kuasa mutlak serta hak Yang di-Pertuan Agong.
“Pada pihak kerajaan, PH sendiri telah mengeluarkan kenyataan minggu lepas. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh yang bertanggungjawab mewakili kerajaan dalam Lembaga Pengampunan juga telah memberikan kenyataan.
“Keputusan memberikan pengampunan bersyarat itu adalah keputusan Tuanku,” katanya.
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada Jumaat memperkenankan pengampunan bersyarat kepada Najib untuk menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah hingga 23 Ogos 2028, tertakluk sekiranya beliau membayar denda RM50 juta.
Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri memaklumkan perintah itu diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan ke-64 bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya yang diadakan di Istana Negara.- Bernama

3 hours ago
3












![[VIDEO] Gadis tangguh belajar di UTHM, kerja kilang cari rezeki](https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/WhatsApp-Image-2026-09-19-at-9.44.53-PM.jpeg)


![[VIDEO] ‘Dia nangis-nangis pula…’](https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/WhatsApp-Image-2026-09-19-at-7.55.17-PM.jpeg)






















![[VIDEO] Masih tinggal dengan capybara, Oyen kekal paling popular di Zoo Negara](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/oyen-zoo-negara.jpeg)









