PETALING JAYA – Seorang lelaki berdepan pengalaman seram apabila dia diganggu suara wanita menangis, dalam kejadian di sebuah pejabat dipercayai di Presint 15, Putrajaya baru-baru ini.
Kejadian itu dirakam lelaki tersebut dan dia memuat naik video berkenaan pada akaun Threadnya, Akid Aly sekali gus mendapat pelbagai maklum balas daripada orang ramai.
Pada video berkenaan, lelaki itu membuka sebuah pintu dan kelihatan satu laluan yang terdapat beberapa bilik bertutup dan gelap.
Ketik itu, kedengaran suara seorang wanita sedang menangis seketika di situ.
Bagaimanapun, tiada kelibat individu lain pada video berkenaan, manakala pintu bilik-bilik di situ juga bertutup.
“Dia nangis-nangis pula kat pejabat Putrajaya. Mentang-mentang aku seorang je,” katanya pada hantaran tersebut.
Pada video yang lain, dia turut memuat naik rakaman pintu yang terbuka sendiri.
“Dia main-main pula, sini semua tertutup, angin memang tak ada,” katanya menerusi video tersebut.
Pada ruangan komen, orang ramai turut berkongsi kisah seram dialami mereka di pejabat di sekitar Putrajaya.
“CC (ketua kerani) aku MC (cuti sakit), pagi-pagi ‘dia’ dah menyamar jadi CC. Siap jenguk aku kat bilik fail. Aku bagi salam, dia senyum angguk je. Putrajaya juga,” komen Makeupbyfateenhamdan.
“Pernah juga waktu tu dekat pukul 7 malam. Kita pula kat stor pelupusan, tiba-tiba PA (pembantu peribadi) berhenti depan pintu stor. Kita tanya tak balik ke. Dia diam je, tiba-tiba ada seseorang tepuk belakang aku. Kat Kompleks E (Putrajaya),” kata Po_me.lo.
“Kakak ipar pernah kena. Kena OT (kerja lebih masa) balik lewat, tak ada siapa tinggal dia. Kerja urgent (penting), dia nak masuk lif, ada dua orang baju kebaya dan seorang lagi lelaki pakai pakaian zaman dulu. Memang diorang senyap tak cakap apa dalam lif. Sampai basement (tempat letak kereta bawah), kakak ipar cepat-cepat lari masuk kereta tanpa toleh, memang ngeri. Tak ada acara, tiba-tiba ada yang menyerupai macam tu. Tu tak cerita lagi dekat jambatan, tengah menyangkung,” komen Aini Majid berhubung kejadian di Putrajaya. – KOSMO! ONLINE

20 hours ago
7













![[VIDEO] Gadis tangguh belajar di UTHM, kerja kilang cari rezeki](https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/WhatsApp-Image-2026-09-19-at-9.44.53-PM.jpeg)
























![[VIDEO] Masih tinggal dengan capybara, Oyen kekal paling popular di Zoo Negara](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/oyen-zoo-negara.jpeg)









