Donat biasanya dikaitkan dengan tekstur yang gebu dan sedikit kenyal, namun donat gaya Jepun yang dipanggil ‘nama donut’ terkenal dengan teksturnya yang amat ringan.
Sensasi itu dapat anda rasai di premis dari Jepun, I’m donut? yang kini membuka cawangan pertama di Asia Tenggara iaitu di The Exchange TRX, Kuala Lumpur dengan menawarkan kira-kira 40 pilihan perisa termasuk 16 perisa yang dihasilkan khusus untuk pasaran Malaysia.
Diasaskan cef dan pemiliknya, Ryouta Hirako, I’m donut? mengambil pendekatan berbeza terhadap pastri berkenaan menerusi ‘nama donut’ iaitu donat gaya Jepun yang mempunyai tekstur sangat lembut, halus dan gebu.
Konsep itu turut tercermin menerusi nama I’m donut? yang tercetus daripada persoalan ‘Am I a donut?’ sebagai gambaran terhadap usaha Hirako menghasilkan sesuatu yang kelihatan seperti donat tetapi menawarkan pengalaman berbeza dari segi tekstur dan rasa.
Antara pilihan yang diperkenalkan termasuk original, nama french cruller, pistachio cream, cacao dan custard, manakala perisa tempatan pula mengetengahkan bahan dan cita rasa yang lebih dekat dengan selera Malaysia.
Antara 16 pilihan eksklusif Malaysia ialah cham, hojicha kaya jam, milo glazed, masala chicken, banana fritter caramel dan pandan coconut cream.
HIRAKO menunjukkan seleksi donat yang tersedia di I’m donut? yang terletak di TRX, Kuala Lumpur.Menurut Hirako, pihaknya mahu mengekalkan identiti asal I’m donut? sambil menyesuaikan sebahagian menunya dengan cita rasa tempatan.
“Malaysia mempunyai budaya makanan yang sangat pelbagai dan masyarakatnya juga terbuka untuk mencuba perisa baharu.
“Kami teruja untuk melihat bagaimana rakyat Malaysia menikmati I’m donut? dengan cara mereka sendiri,” katanya.
Daripada pilihan yang dihasilkan khusus untuk Malaysia, pandan coconut cream menjadi perisa yang paling digemari Hirako.

Donat berkenaan menggunakan perisa pandan dengan inti krim kelapa yang ringan dan fluffy, selain ditambah taburan isi kelapa pada bahagian atas.
“Pandan coconut cream adalah kegemaran saya,” katanya ringkas mengenai pilihan tempatan yang menjadi pilihannya.
Selain perisa manis, pengenalan menu seperti masala chicken menunjukkan percubaan jenama berkenaan untuk meneroka gabungan rasa yang mungkin tidak biasa dikaitkan dengan donat.
Pembukaan cawangan di Kuala Lumpur itu sekali gus menjadi langkah pertama I’m donut? memasuki pasaran Asia Tenggara selepas berkembang di Jepun.
Bagi yang ingin mencubanya, harga donat yang ditawarkan adalah sekitar RM4 hingga RM12, bergantung kepada jenis dan perisa.
Dengan gabungan pilihan klasik, ciptaan baharu serta perisa yang mengambil inspirasi daripada makanan tempatan, I’m donut? kini memberi peluang kepada pelanggan Malaysia untuk mengenali sendiri konsep nama donut yang diperkenalkan dari Jepun.

6 hours ago
4












![[VIDEO] Gadis tangguh belajar di UTHM, kerja kilang cari rezeki](https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/WhatsApp-Image-2026-09-19-at-9.44.53-PM.jpeg)


![[VIDEO] ‘Dia nangis-nangis pula…’](https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/WhatsApp-Image-2026-09-19-at-7.55.17-PM.jpeg)






















![[VIDEO] Masih tinggal dengan capybara, Oyen kekal paling popular di Zoo Negara](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/oyen-zoo-negara.jpeg)









