LONDON – Pengurus England, Thomas Tuchel mengakui tidak pernah menutup pintu untuk mana-mana pemain selepas memanggil semula Trent Alexander-Arnold dan Cole Palmer ke dalam skuad pertamanya sejak Piala Dunia, namun mengenakan syarat.
Tuchel mencetuskan kontroversi tidak menyenaraikan pemain pertahanan kanan Real Madrid dan penyerang Chelsea dalam skuad England untuk saingan di Amerika Syarikat itu.
Bagaimanapun, pengendali dari Jerman itu memberi amaran bahawa semua pemain terutama kedua-dua mereka perlu menunjukkan prestasi yang benar-benar terbaik pada empat aksi Liga Negara-Negara Eropah (UNL) kali ini.
Alexander-Arnold, 27, membuat penampilan terakhir bersama England ketika masuk sebagai pemain gantian dalam kemenangan 1-0 menentang Andorra pada Jun 2025.
Palmer, 24, kali terakhir beraksi untuk England ketika kekalahan 0-1 pada aksi persahabatan menentang Jepun pada Mac lalu.
“Mereka mempunyai permulaan musim yang baik. Mereka tidak melakukan apa-apa kesalahan. Kami cuma memilih pemain yang berbeza.
“Jadi, sekarang ini adalah pertandingan baharu. Sesetengah pemain dan posisi mengalami kecederaan. Cole bermula seperti biasa, statistiknya kembali, bantuan gol dan jaringan pentingnya kembali, jadi sebab itulah dia berada dalam skuad.
“Saya rasa dia mempunyai sesuatu untuk dibuktikan, begitu juga Trent. Dia tidak pernah dikeluarkan daripada senarai kami. Dia tidak pernah tidak layak untuk dipilih oleh kami dan kini ini adalah peluangnya untuk datang ke kem latihan dan menjadi versi terbaik dirinya,” katanya.
England akan menjadi tuan rumah kepada juara dunia Sepanyol di Wembley pada Sabtu, 27 September, sebelum bertandang ke Republik Czech pada Selasa, 30 September dan Croatia pada Sabtu, 4 Oktober sebelum Republik Czech akan berkunjung ke England pada Selasa, 7 Oktober. – AGENSI

6 hours ago
4












![[VIDEO] Gadis tangguh belajar di UTHM, kerja kilang cari rezeki](https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/WhatsApp-Image-2026-09-19-at-9.44.53-PM.jpeg)


![[VIDEO] ‘Dia nangis-nangis pula…’](https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/WhatsApp-Image-2026-09-19-at-7.55.17-PM.jpeg)






















![[VIDEO] Masih tinggal dengan capybara, Oyen kekal paling popular di Zoo Negara](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/oyen-zoo-negara.jpeg)









