Pengebumian ketiga-tiga jenazah di Tanah Perkuburan Islam Tambun, Ipoh berakhir kira-kira pukul 8.25 malam tadi.
- Oleh MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM
- 20 September 2026, 9:10 pm
IPOH – Pasangan suami isteri warga emas bersama cucu lelaki mereka yang ditemukan maut selepas terperangkap dalam kebakaran rumah teres dua tingkat hari ini selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tambun di sini pada pukul 8.25 malam tadi.
Terdahulu, Allahyarham Raja Ahmad Raja Ali, 70; Allahyarham Zaitun Mohamed, 64, dan Allahyarham Nik Abdurrahman Azimin Harith Helal, 18 dibawa ke Masjid Jamek Al Amin Tambun pada pukul 6.50 petang tadi untuk solat jenazah.
Lebih 500 terlibat termasuk ahli keluarga, sanak saudara, jiran termasuk rakan-rakan menyertai solat berkenaan.
Kemudian ketiga-tiga jenazah dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Tambun yang terletak kira-kira tiga kilometer daripada masjid tersebut. Kesemua jenazah dikebumikan dalam satu kubur. – KOSMO! ONLINE

3 hours ago
3

![[VIDEO] ‘Tak sempat jual kabel, dah kena cekup’](https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/kabel.jpeg)
![[VIDEO] Halaman luas untuk kucing main, rupa-rupanya ‘syurga’ ular sawa](https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/kucing-ular-sawa.jpeg)






![[VIDEO] ‘Tengku Hassanal tarik upih kelapa sampai tergolek, tergantung adik tu’](https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/tengku-hassanal-tarik-upih.jpeg)




























![[VIDEO] Masih tinggal dengan capybara, Oyen kekal paling popular di Zoo Negara](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/oyen-zoo-negara.jpeg)








