PEKAN – Gelagat spontan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ketika berkenan bercemar duli bermain permainan tarik upih kelapa di Sukan Rakyat di Pekan, hari ini menjadi sorotan di media sosial.
Sukan Rakyat itu diadakan sempena Sambutan Ke-100 Tahun Kelab Polo Diraja Pahang.
Menerusi beberapa klip video yang dimuat naik pengguna TikTok @7.edit, Tengku Hassanal berkenan bermain tarik upih kelapa bersama seorang kanak-kanak.
Ketika acara berlangsung, kanak-kanak terbabit dilihat tergolek namun tetap memegang erat upih kelapa yang sedang ditarik Tengku Hassanal.
Di ruangan komen hantaran itu, seorang wanita menggunakan akuan TikTok @HatiMati dipercayai ibu kepada kanak-kanak tersebut tampil memaklumkan anaknya hanya mengalami sakit-sakit badan setelah selesai bermain acara berkenaan.
“Alhamdulillah. Rezeki anak saya nak jumpa sangat Tengku Mahkota Pahang. Anak saya yang kena tarik tu. Sakit bahu dan tadi dah ajak balik. Kenangan manis,” katanya.
Sebelum ini, Kesultanan Pahang dalam kenyataan memaklumkan Tengku Hassanal berkenan berangkat ke program berkenaan pada pukul 10 pagi dan turut menyertai beberapa acara bersama pengunjung.
Antara aktiviti yang disertai baginda ialah tarik tali, tarik upih dan lastik, sekali gus memeriahkan suasana program bersama rakyat.
Keberangkatan baginda turut diiringi Tengku Panglima Raja, Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah serta Che Puan Panglima, Puteri Suraiya Afzan Mohamed Moiz. – KOSMO! ONLINE
@7his.is.reborn Kesian adik tu tergolek tergantung 😂 Sukan Rakyat Pekan #fanpage #fanedit #tengkuhassanal ♬ Wish (Piano Meme) – Carvadelo & Fainal
3 hours ago
2






































![[VIDEO] Masih tinggal dengan capybara, Oyen kekal paling popular di Zoo Negara](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/oyen-zoo-negara.jpeg)







