KUALA LUMPUR – Babah Ventures Sdn Bhd (Babah Ventures) syarikat yang mengoperasikan restoran dan kios di bawah jenama Bumbu Babah yang menjual makanan nasi padang, mengunjurkan untuk menambah cawangan sehingga mencapai 100 cawangan menjelang tahun depan.
Buat masa ini, syarikat yang telah beroperasi kurang daripada tempoh dua tahun, telah memiliki 60 cawangan di pelbagai lokasi strategik di Semenanjung Malaysia.
Menurut Pengasas Bersama Babah Ventures, Mohamad Hanaffi Razak, tujuh daripada 60 cawangan tersebut dimiliki oleh ibu pejabat manakala bakinya dikendalikan oleh usahawan-usahawan tempatan.
“Sebuah cawangan bergantung kepada pelbagai faktor boleh menelan kos sehingga lebih RM400,000 dan kami bakal meluaskan lagi peluang pembukaan lebih banyak cawangan sehingga ke pasaran Sabah Sarawak malah ke negara jiran untuk tempoh jangka panjang,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis pelancaran Bumbu Babah Warisan dan juga kempen Equity Crowdfunding (ECF) di sini baru-baru ini.
Mohamad Hanaffi yang juga selebriti dikenali sebagai Ajak Shiro menerangkan, segmen cawangan berkonsepkan Bumbu Babah Warisan memiliki kelainan daripada tawaran makanan dan minuman yang pelbagai bersesuaian untuk memenuhi kehendak dan selera pengunjung tidak kira waktu pagi, tengahari atau malam dan bersesuaian untuk semua peringkat umur.
Selain nasi padang, signatur restoran berkonsep warisan ini akan menghidangkan makanan kegemaran nusantara seperti mi bakso, mi ayam, nasi lemak, nasi goreng, snek, roti bakar dan manisan.

Selain itu mengenai ECF, Hanaffi menerangkan, syarikat kini membuka peluang pelaburan kepada orang ramai untuk bersama-sama dalam pelan pengembangan syarikat untuk memperoleh manfaat daripada kadar keuntungan yang dijangka baik untuk jangka panjang.
Menurutnya, melalui kempen tersebut, orang ramai boleh melabur pada nilai minimum RM800 dan mereka bakal memperoleh baucar makanan dan minuman di semua cawangan Bumbu Babah sebanyak RM960 secara berperingkat selama empat tahun.
Dalam masa yang sama, syarikat melihat kempen ECF telah menerima sambutan yang menggalakkan daripada pelabur dan menyasarkan mengumpul dana sehingga RM5 juta dalam tempoh dua bulan.
“Buat masa ini, syarikat telah memperoleh hampir separuh daripada dana yang diperlukan daripada pelabur berpotensi yang penting, mereka percaya dan yakin atas komitmen kami untuk melaksanakan pelan pengembangan syarikat,” ujarnya.
Dana yang dikumpul itu bakal menyokong fasa pertumbuhan seterusnya bagi Babah Ventures termasuk Bumbu Babah, Bumbu Babah Warisan di pelbagai lokasi strategik di pusat beli-belah utama, pembangunan konsep F&B, pengambilalihan strategik dan juga pelaburan dalam teknologi.
Pengumpulan dana ini akan dilaksanakan melalui pitchIN, salah satu platform ECF yang paling kukuh di Malaysia dan ECF juga telah berkembang menjadi sebahagian daripada ekosistem pembiayaan alternatif yang dikawal selia di Malaysia.
Inisiatif ini akan memberikan peluang kepada syarikat swasta yang sedang berkembang mengakses kepada sumber modal yang lebih luas sambil membuka peluang kepada pelabur runcit untuk mengambil bahagian dalam perniagaan yang sebelum ini lebih banyak diakses oleh pengasas, institusi dan juga pelabur persendirian. -KOSMO! ONLINE

3 hours ago
2




![[VIDEO] ‘Tengku Hassanal tarik upih kelapa sampai tergolek, tergantung adik tu’](https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/tengku-hassanal-tarik-upih.jpeg)

































![[VIDEO] Masih tinggal dengan capybara, Oyen kekal paling popular di Zoo Negara](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/oyen-zoo-negara.jpeg)







