Sebuah kenderaan pacuan empat roda disyaki sedang menarik keluar kabel dari sebuah manhole dalam kejadian di Jalan Tasek Tambahan 3, Kampung Tasek Tambahan Ampang, semalam.
- Oleh SITI A'ISYAH SUKAIMI
- 20 September 2026, 10:31 pm
AMPANG JAYA – Tindakan seorang lelaki disyaki mahu mencuri kabel di Jalan Tasek Tambahan 3, Kampung Tasek Tambahan Ampang berjaya ditumpaskan selepas kegiatan itu disedari orang awam.
Dalam kejadian pukul 3.59 pagi semalam, Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya menerima satu panggilan telefon memaklumkan kegiatan disyaki mencuri kabel di lokasi tersebut iaitu berhampiran Masjid Al-Ubudiah, Kampung Tasik Tambahan.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, bertindak atas maklumat itu, sepasukan polis dari Balai Polis Ampang bersama MPV tiba di lokasi dan mendapati sebuah kenderaan pacuan empat roda sedang menarik keluar kabel dari sebuah manhole.
“Kenderaan tersebut telah dipandu oleh seorang lelaki tempatan.
“Pasukan serbuan kemudiannya membuat tangkapan terhadap lelaki tersebut serta merampas kenderaan dan barang-barang berkaitan untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 379, 431A dan 124K Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Katanya, dalam masa sama polis terkesan satu hantaran video tular pada aplikasi TikTok dan ia disahkan melibatkan kes yang disiasat itu. – KOSMO! ONLINE
@viral.my5 anjing negara buat kerja#curicable #viral #viraltiktok #viralvideo ♬ original sound – viral.my
2 hours ago
3

![[VIDEO] Halaman luas untuk kucing main, rupa-rupanya ‘syurga’ ular sawa](https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/kucing-ular-sawa.jpeg)







![[VIDEO] ‘Tengku Hassanal tarik upih kelapa sampai tergolek, tergantung adik tu’](https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/tengku-hassanal-tarik-upih.jpeg)




























![[VIDEO] Masih tinggal dengan capybara, Oyen kekal paling popular di Zoo Negara](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/oyen-zoo-negara.jpeg)








