Tidak sangka ‘rumah baru’ dimaksudkan ialah kubur

5 hours ago 3

GOPENG – Ibu kepada Allahyarham Muhammad Fazrul Qusry Ahmad Asmawi, 18, yang lemas di sebuah lombong di Gopeng dekat sini pagi tadi tidak menyangka rumah baru yang dimaksudkan anak ketiganya itu ialah kubur tempat persemadian di dunia.

Syamira Mustafa, 42, berkata, keluarganya sebelum ini telah ditimpa musibah iaitu ibu mentuanya terpaksa dipotong kaki kirinya kerana penyakit kronik selain rumah terbakar pada Februari lalu dan kini kematian anaknya.

“Semua peristiwa ini berlaku berturutan. Mungkin untuk menguji saya dan suami, Ahmad Asmawi Jamalulkhir. Arwah sebenarnya tidak menunjukkan sebarang perubahan pelik.

“Cuma dua tiga hari sebelum kejadian, dia banyak berkata ingin pindah ke rumah baru, tidak sabar katanya. Tidak sangka rupanya tempat simpan (kubur),” katanya ketika ditemui di Kampung Changkat Tualang di sini petang tadi.

Katanya, baru-baru ini arwah yang baru selesai pengajian di Kolej Sri Ayu, Kampar dekat sini dalam kursus berkaitan alat penghawa dingin gemar memancing.

“Sebelum ini tidak kerap memancing namun mungkin kerana kami menumpang di Dewan Orang Ramai JKKK Kampung Changkat Tualang arwah gemar melakukan aktiviti itu bersama rakan-rakan.

“Dia tidak pernah menjawab apabila dinarah dan baik dengan semua orang termasuk keluarga. Tidak sangka pengakhirannya sebegini dengan usia masih muda,” katanya.

Ujarnya, arwah anaknya itu bercita-cita ingin menjadi memulakan perniagaan membaiki alat penghawa dingin sendiri.

“Di kampung ini banyak alat penghawa dingin yang telah dibaikinya. Wang akan dikongsi bersama saya dan ayahnya. Dia tahu ayah dan ibunya sedang dalam kesukaran jadi dia bersifat bertanggungjawab ingin membantu,” katanya.

Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Changkat Tualang sebelum Asar tadi. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |