Keadaan tembok sebuah kediaman yang runtuh di Jalan 2/149D, Bandar Baru Sri Petaling, petang tadi. Foto JBPM KL
- Oleh NURUL IZZATI ZAINI
- 6 Julai 2026, 8:51 pm
KUALA LUMPUR – Satu kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku di kawasan perumahan di Jalan 2/149D, Bandar Baru Sri Petaling, di sini, petang tadi.
Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 6.46 petang.
Susulan itu, seramai enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sri Petaling digerakkan ke lokasi bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT).
“Setibanya di lokasi pada pukul 7 malam, pemeriksaan mendapati kejadian tanah runtuh berlaku di kawasan perumahan dan melibatkan tembok pagar kediaman dengan keluasan kira-kira 800 kaki persegi.
“Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian itu dan keadaan semasa di lokasi mendapati tiada lagi berlaku pergerakan tanah,” katanya.
Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur turut memaklumkan kejadian berkenaan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk tindakan serta pemantauan susulan.- KOSMO! ONLINE

2 months ago
101

![[VIDEO] ‘Tak sempat jual kabel, dah kena cekup’](https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/kabel.jpeg)
![[VIDEO] Halaman luas untuk kucing main, rupa-rupanya ‘syurga’ ular sawa](https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/kucing-ular-sawa.jpeg)







![[VIDEO] ‘Tengku Hassanal tarik upih kelapa sampai tergolek, tergantung adik tu’](https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/tengku-hassanal-tarik-upih.jpeg)



























![[VIDEO] Masih tinggal dengan capybara, Oyen kekal paling popular di Zoo Negara](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/oyen-zoo-negara.jpeg)








