Harimau belang, Yong Choh yang dilepaskan di Taman Negara Terengganu berhampiran Tasik Kenyir, Hulu Terengganu hari ini.
- Oleh NURSYASYA NADHIRAH ZABIDI
- 6 September 2026, 1:56 pm
HULU TERENGGANU – Harimau Malaya betina dikenali sebagai Yong Choh yang sebelum ini ditangkap akibat konflik dengan manusia di Kampung Choh, Sungai Siput, Perak pada 22 Julai lalu telah dipindahkan ke habitat semula jadi di Taman Negara Terengganu, berhampiran Tasik Kenyir dekat sini, hari ini.
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup berkata, pelepasan harimau belang berusia kira-kira tujuh tahun itu merupakan langkah penting dalam usaha memulihkan populasi spesies berkenaan.
“Sebelum ini, Yong Choh telah menjalani proses rawatan dan rehabilitasi di Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC), Sungkai, Perak termasuk pemeriksaan veterinar, persampelan darah serta saringan penyakit,” katanya selepas merasmikan Tongkang Pemindahan Hidupan Liar di Taman Negara Terengganu, di sini hari ini.
Arthur berkata, Yong Choh dikembalikan ke habitat semula jadi oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) setelah didapati haiwan itu dalam keadaan sihat. – KOSMO! ONLINE

3 hours ago
3













![[VIDEO] Kelibat ibu, anak harimau kumbang bersantai di Hutan Simpan Berembun](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/WhatsApp-Image-2026-09-05-at-17.03.08-e1788599776815.jpeg)


![[VIDEO] Jerebu, Indonesia terbukti negara dunia ke-3 sebenar – KJ](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/WhatsApp-Image-2026-09-05-at-14.51.17.jpeg)































