Gambar hiasan.
- Oleh KOSMO!
- 6 September 2026, 2:54 pm
TAIPING – Seramai 1,723,371 pelajar telah menebus Baucar Buku MADANI daripada keseluruhan 2.21 juta pelajar yang layak menerima manfaat itu tahun ini.
Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, daripada jumlah pelajar yang menebus baucar berkenaan, sebanyak 3,152,258 naskhah buku sudah dibeli setakat 5 September lalu kira-kira dua bulan selepas pelaksanaan Baucar Buku Madani bagi tahun ini.
Katanya, jumlah 2.21 juta penerima itu hanya membabitkan institusi di bawah KPM dan belum termasuk institusi pendidikan tinggi.
“Apabila kita beri RM100 kepada murid-murid untuk menebus dan membuat pembelian secara dalam talian, apa yang kita boleh pastikan adalah 100 peratus ketelusan dan sifar peratus ketirisan,” katanya pada sidang akhbar UTMB di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

2 hours ago
3













![[VIDEO] Kelibat ibu, anak harimau kumbang bersantai di Hutan Simpan Berembun](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/WhatsApp-Image-2026-09-05-at-17.03.08-e1788599776815.jpeg)


![[VIDEO] Jerebu, Indonesia terbukti negara dunia ke-3 sebenar – KJ](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/WhatsApp-Image-2026-09-05-at-14.51.17.jpeg)































