Atiq Azman mendedahkan dia langsung tidak menggemari ikan sardin.
- Oleh DIVA
- 2 Ogos 2026, 10:15 am
Kecoh seketika dalam media sosial apabila pelakon Atiq Azman mendedahkan dia langsung tidak menggemari ikan sardin. Bukan sekadar enggan menjamah, malah apa jua resipi atau cara masakan digunakan tetap gagal mengubah seleranya terhadap makanan dalam tin itu.
Malangnya, pengakuan jujur tersebut bertukar menjadi peluru kecaman buat segelintir netizen. Ada melabel Atiq mengada-ngada dan sengaja kebulur perhatian dek karier semakin sendu.
“Mengadanya, sardin pun tak makan. Mengalahkan anak raja. Sengaja buat kenyataan macam ini semata-mata nak perhatian. Jijik,” selar seorang netizen.
Diva baca pun tergamam. Pelik betul perangai netizen sekarang. Orang kongsi cita rasa makan pun boleh jadi bahan kecaman.
Kalau Atiq tak suka sardin, biarlah. Tekak manusia bukan dibuat daripada acuan sama. Selagi tak meminta orang lain belikan makanan atau meraih simpati, apa salahnya?
Dunia ini tak berputar mengikut selera kita seorang. Belajarlah meraikan perbezaan, bukan sibuk menghukum.
DIVA: Siapalah agaknya empunya akaun Musang Berjanggut yang begitu galak memaki hamun Fattah Amin. Berani di sebalik skrin sahaja agaknya. Kawan siapa ya?

18 hours ago
4












![[VIDEO] Ahmad Zahid serah tiga nama calon MB kepada Tuanku](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/AHMAD-ZAHID-ISTANA-HINGGAP.jpeg)



































