PETALING JAYA – Sushiro Malaysia terus mengukuhkan kehadirannya di Lembah Klang dengan pembukaan rasmi cawangan terbaharu di Pusat Beli-Belah 1 Utama yang menandakan pengembangan jenama itu.
Terletak di salah satu destinasi gaya hidup dan beli-belah terkemuka di Malaysia, cawangan baharu itu membawa pengalaman sushi berputar Sushiro lebih dekat kepada pelanggan.
Restoran ini menawarkan pelbagai pilihan sushi yang disediakan segar, bersama hidangan sampingan serta pencuci mulut dalam suasana yang santai dan mesra.
Lebih menarik, Sushiro Malaysia turut menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBOR) bagi kategori ‘Restoran dengan Pilihan Sushi Terbanyak’.
Pengiktirafan ini mencerminkan kepelbagaian menu Sushiro yang menampilkan lebih 100 pilihan sushi.
Pengarah Urusan Sushiro Malaysia Sdn. Bhd., Takumi Osafune berkata, Sushiro melihat pengembangan cawangan sebagai satu langkah penting dalam usaha untuk menjadikan jenama ini lebih mudah diakses oleh pelanggan di Malaysia.
“1 Utama merupakan destinasi yang amat popular dalam kalangan keluarga, golongan muda dan komuniti di seluruh Lembah Klang, menjadikannya lokasi yang sesuai untuk fasa pertumbuhan kami yang seterusnya.
“Kami juga berbesar hati menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records bagi kategori ‘Restoran dengan Pilihan Sushi Terbanyak’,” katanya.
Tambahnya, kepelbagaian sentiasa menjadi teras pengalaman Sushiro, dan pengiktirafan ini mengukuhkan komitmen mereka untuk menyajikan sushi segar dan berkualiti dengan pilihan yang memenuhi cita rasa semua. – KOSMO! ONLINE

10 hours ago
5
![[VIDEO] Kepada Allah saya berserah – Syed Saddiq](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/07/SYED-SADDIQ-MAHKAMAH-KEPUTUSAN.jpeg)





![[VIDEO] Onn Hafiz jadi MB Johor untuk penggal kedua](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/07/WhatsApp-Image-2026-07-12-at-4.56.08-PM.jpeg)












![[RASMI] Exco Johor pertahan Buloh Kasap dengan majoriti 8,600](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/07/Datuk-Zahari-Sarip.jpg)




























